Terdapat 2200 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

IPO SLGC Terlebih Langganan 3.1 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SLGC Bhd mencatat terlebih langganan sebanyak 3.1 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities.

Infomina Dapat Kontrak Perkhidmatan Teknologi Bernilai RM62.65 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Infomina Bhd telah memperoleh kontrak RM62.65 juta untuk menyediakan perkhidmatan teknologi dan penyelenggaraan kepada institusi kewangan di Malaysia.

AI Kian Diguna Dalam Industri Halal, Pemeriksa Manusia Kekal Penting --Atase Perdagangan Indonesia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kecerdasan buatan (AI) boleh membantu menjadikan pensijilan halal lebih pantas dan cekap, namun pemeriksa manusia kekal penting untuk mengesahkan bahan dan proses pengeluaran terutamanya bagi produk yang mempunyai pelbagai formulasi, kata pegawai perdagangan Indonesia hari ini.

Sabah Laksanakan Kedaulatan Penuh Ke Atas Projek Karbon, Hasil Negeri -- Arthur

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah akan melaksanakan kedaulatan penuhnya ke atas pembangunan projek-projek karbon serta kutipan hasil negeri itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Syarikat Digital Malaysia Bersedia Bersaing Di Peringkat Global -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Syarikat berasaskan teknologi dan digital Malaysia mempunyai kemampuan untuk bersaing di peringkat global dan penyertaan dalam Ekspo Perdagangan Digital Global ke-5 (GDTE) merupakan satu langkah ke hadapan bagi memanfaatkan ekonomi digital China yang luas.

Belanjawan 2027 Dijangka Lonjak Penggunaan, Beri Pertumbuhan Meluas

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan datang berkemungkinan akan mengutamakan langkah untuk meningkatkan penggunaan isi rumah dan melindungi ekonomi daripada kejutan luaran dalam keadaan permintaan dalam negeri yang lemah pada separuh pertama tahun ini, kata seorang pakar ekonomi. 

Malaysia Perlu Jadi Pembentuk Pasaran Halal Global - Zulkifli 

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu beralih daripada peranan sebagai penanda aras industri halal, dengan melaksanakan tugas lebih besar sebagai pihak yang membentuk pasaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. 

Lonjakan AI Letakkan Malaysia Antara Enam Ekonomi APAC Atasi China - Moody’s Analytics

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia merupakan antara enam ekonomi utama Asia Pasifik (APAC) yang dijangka mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar lebih pantas berbanding China pada 2026, menurut Moody’s Analytics.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Dolar AS Yang Lebih Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan kepada logam berharga itu.

Pavilion Libya Di MIHAS 2026 Bakal Pacu Perdagangan Malaysia-Libya -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembukaan Pavilion Libya pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) dijangka membuka peluang baharu bagi perniagaan Malaysia dan Libya untuk mengembangkan perdagangan masing-masing. 

China, Malaysia Setuju Cadangan Laluan Projek ECRL Dilanjut Ke Rantau Panjang - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan China bersetuju dengan cadangan untuk menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Kelantan.