BERITA TERKINI   Persiapan sambutan Hari Kebangsaan kini capai 70 peratus - Fahmi | Hari Kebangsaan: Penyertaan pasukan Johor Military Force antara kelainan sambutan tahun ini - Fahmi | 

Terdapat 193 berita berdasarkan kata kunci carian " julai 2026"

PAAB Lengkapkan Terbitan Sukuk Biru RM720 Juta Bagi Infrastruktur Air

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melengkapkan penerbitan sukuk biru berjumlah RM720 juta menerusi Pengurusan Air SPV Bhd di bawah Program Kertas Komersial Islam RM2 bilion sedia ada. 

ITMAX Peroleh Kontrak Sistem Lampu Jalan Pintar Bernilai RM120 Juta Daripada DBKL

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- ITMAX System Bhd memperoleh kontrak bernilai RM120 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem lampu jalan pintar di seluruh ibu kota.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi dalam persekitaran permintaan meningkat untuk aset selamat, seiring dengan prestasi niaga hadapan emas yang kukuh di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis.

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Petronas LNG, Hokuriku Electric Meterai HoA Baharui Perjanjian Bekalan LNG Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd (PLL), memeterai Perjanjian Prinsip (HoA) dengan syarikat utiliti Jepun, Hokuriku Electric Power Company, bagi merundingkan dan memuktamadkan pembaharuan perjanjian bekalan gas asli cecair (LNG) jangka panjang.

Kerajaan Peroleh RM5 Bilion Susulan Langkah Kawalan Perbelanjaan - Liew

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kerajaan memperoleh hampir RM5 bilion jumlah sekatan sehingga 14 Julai 2026 susulan pelaksanaan langkah kawalan perbelanjaan dalam tempoh separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan pasaran tunai. 

Ringgit Diunjur 3.90-4.20 Berbanding Dolar AS Pada Separuh Kedua 2026

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Malaysia yang berdaya tahan, lebihan dagangan kekal kukuh serta kerangka dasar monetari yang berdisiplin dijangka terus menyuntik sokongan terhadap ringgit sepanjang separuh kedua 2026 dengan unjuran dalam julat 3.90 hingga 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).