Ringgit Dibuka Rendah Didorong Hasil Perbendaharaan AS Tinggi
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan ketidaktentuan mengenai prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.