5hari ago
GEORGE TOWN, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia masih jauh daripada mencapai sasaran untuk mengubah 3,000 pengilang menjadi kilang pintar menjelang 2030, dan setakat ini hanya 93 daripadanya berjaya melengkapkan transformasi tersebut.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) – Kerajaan wajar menyediakan insentif dalam bentuk kredit dan pengecualian cukai kepada syarikat berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, serta menyokong pengembangan pusat data bagi menarik lebih banyak pelaburan teknologi AI ke Malaysia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, naik 0.33 peratus pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- YTL AI Labs Sdn Bhd, cabang penyelesaian kecerdasan buatan (AI) YTL Power International Bhd di bawah YTL Group, melancarkan ILMUcode bagi mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi era baharu pembangunan perisian.
5hari ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 2 Okt (Bernama) -- Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2029 didorong oleh perkembangan positif perniagaan itu sejak mula beroperasi April lepas.
5hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan sentimen Rizab Persekutuan (Fed) yang berhati-hati memberikan kelegaan kepada pelabur.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia wajar mempertimbangkan pemberian bantuan pendapatan bersasar kepada golongan berusia 70 atau 75 tahun dan bukannya memperkenalkan pencen sejagat pada usia yang lebih muda, kata Pengerusi Axiata Group Bhd Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.
6hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama namun susut berbanding dolar AS pada Khamis berikutan unit negara maju terus menerima sokongan kukuh walaupun jangkaan untuk Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah semakin berkurangan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sistem pencen di Malaysia perlu berkembang seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan; pembaharuan diperlukan bagi memperkukuh liputan, kecukupan, ekuiti dan kelestarian pendapatan persaraan untuk tempoh hayat yang lebih panjang.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Klanggroup Development Sdn Bhd menyerahkan milikan kosong pada September 2026 untuk dua pembangunan hartanah di Selangor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.74 bilion.
6hari ago
KOTA TINGGI, 1 Okt (Bernama) -- Berkat mempertahankan resipi keluarga sejak 19 tahun lepas, apam balik Jalan Mawai di sini terus menjadi buruan pelanggan dari serata daerah, malah perisa asli masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana kesegaran bahan yang digunakan.
6hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia digesa mengiktiraf keterjaminan makanan marin dan pencegahan pencemarannya sebagai isu daya tahan nasional dan keutamaan ekonomi menerusi Belanjawan 2027.