BERITA TERKINI   Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | Pendirian kerajaan terhadap rasuah tidak berubah, semua kes termasuk kes Najib terus diproses mengikut undang-undang - Fahmi | 

Terdapat 104 berita berdasarkan kata kunci carian " msm"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat apabila aktiviti pengambilan untung hujung minggu mengimbangi sokongan daripada niaga hadapan minyak sayuran berkaitan yang lebih kukuh.

Risiko El Nino Pacu Unjuran Harga MSM 2026 RM4,400 Setan Metrik - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan metrik bagi 2026 dan RM4,450 setan metrik bagi 2027 sementara menunggu musim pengumuman keputusan kewangan yang akan datang.

Niaga Hadapan MSM Pulih Susulan Prospek Permintaan Minyak Sayuran India Yang Positif

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi pada Khamis, disokong prospek positif permintaan eksport minyak sayuran ke India.

Niaga Hadapan MSM Rendah Akibat Pengambilan Untung, Harga Minyak Sayuran Lemah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada akhir dagangan hari ini, diasak oleh aktiviti pengambilan untung selain kelemahan harga minyak sayuran yang berkaitan.

Niaga Hadapan MSM Lonjak Melepasi RM4,750, Disokong Harga Minyak Mentah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, dengan kontrak terdekat melonjak melepasi RM4,750 setan metrik susulan kenaikan harga minyak mentah berikutan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Unjuran Harga MSM Bagi 2026-2027 Dinaikkan Didorong Risiko Bekalan Meningkat - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dan 2027, masing-masing sebanyak RM50 satu tan kepada RM4,450 satu tan dan RM4,550 satu tan berikutan risiko bekalan yang meningkat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Permintaan Eksport Mengukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas disokong oleh pengukuhan dalam permintaan luar negara untuk minyak sawit Malaysia.

Stok Minyak Sawit Malaysia Naik 3.32 Peratus Kepada 2.63 Juta Tan Pada Julai 2026 -- MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 3.32 peratus atau 84,495 tan kepada 2.63 juta tan pada Julai 2026 daripada 2.54 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Niaga Hadapan MSM Diunjur Catat Pengambilan Untung Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu depan susulan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilihat kian reda.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Menjelang Laporan Julai MPOB

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini selepas para peniaga memperoleh keuntungan menjelang hujung minggu dan pengeluaran laporan bekalan serta permintaan untuk Julai daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 10 Ogos ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah hari ini selepas harga tenaga dan minyak kacang soya menjadi lebih lemah, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini selepas sentimen mula melonjak berikutan keuntungan dalam saingannya, minyak kacang soya termasuk belian semasa harga rendah, kata CGS International Futures Malaysia Sdn Bhd.