1bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 18 Jun (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan amat signifikan kerana bukan sahaja untuk meningkatkan peluang kerjasama sektor minyak dan gas malah juga dalam pelbagai industri dan sektor lain seperti pengangkutan, logistik dan pertanian antara kedua-dua negara.
1bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kerjasama perdagangan makanan dan pertanian dengan Uzbekistan serta rantau Asia Tengah dengan lebih meluas, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan dan mengukuhkan keselamatan makanan jangka panjang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik serta rantaian bekalan global.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Agrobank menyasarkan untuk mewujudkan pengaturan pemudahan perdagangan dan penyelesaian pembayaran yang menghubungkan Malaysia dan Uzbekistan serta rantau Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) dengan lebih meluas menjelang akhir tahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Syarikat India melabur lebih US$3 bilion (US$1 = RM4.06) di Malaysia dan mewujudkan lebih 30,00 peluang pekerjaan secara langsung, sekali gus mencerminkan perkongsian ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan India, menurut Konsortium Industri India di Malaysia (CIIM).
1bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- ASEAN dan Rusia perlu memperluaskan kerjasama pelbagai hala dalam bidang seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- Pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 merupakan langkah awal untuk lonjakan seterusnya dalam hubungan ekonomi, namun persekitaran kondusif penting untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
1bulan ago
PETALING JAYA, 15 Jun (Bernama) -- Timor-Leste mempelawa pelabur Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan dan mendapatkan kontrak projek ketika negara memulakan pembangunan infrastruktur secara besar-besaran, kata Presiden José Ramos-Horta.