1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih disebabkan aktiviti pengambilan untung.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kejayaan Malaysia melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 Indeks Daya Saing Dunia Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) membuktikan kerangka Ekonomi MADANI berada pada landasan tepat, khususnya menerusi komitmen kerajaan mengurangkan kerenah birokrasi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Jualan automotif Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada separuh kedua 2026 (S2 2026), disokong oleh pelancaran model kenderaan elektrik (EV) bercirikan tempatan dan permintaan lebih kukuh bagi kenderaan hibrid, selain didorong oleh peningkatan pilihan pengguna terhadap kenderaan tenaga baharu.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 22 Julai (Bernama) -- Kilang dan pemain industri terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) disaran memanfaatkan prestasi perdagangan negara yang kukuh pada tahun ini dengan melabur semula keuntungan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), automasi dan pembangunan bakat bagi meningkatkan daya saing jangka panjang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Harga minyak kelapa sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan antara RM4,400 hingga RM4,650 satu tan metrik pada Ogos, disokong oleh pelaksanaan biodiesel B50 Indonesia bermula Julai, pasaran tenaga lebih kukuh serta ekonomi biodiesel yang semakin baik.
1bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dengan aktiviti pengambilan untung yang berterusan mengehadkan kenaikan walaupun Wall Street mencatatkan peningkatan semula semalaman, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia terus berkembang meskipun rantaian bekalan global berdepan gangguan susulan keadaan geopolitik di Timur Tengah serta ketegangan berterusan antara Rusia dan Ukraine.
2bulan ago
IPOH, 21 Julai (Bernama) -- Kadar pertumbuhan ekonomi global berisiko menghampiri sifar dalam tempoh 100 tahun akan datang susulan peningkatan halangan perdagangan, persaingan geopolitik yang semakin sengit serta gangguan rantaian bekalan yang mengubah landskap ekonomi dunia, kata Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, disebabkan aktiviti pengambilan untung yang berterusan walaupun di pasaran meluas menunjukkan bahawa minat belian terpilih kekal kukuh.
2bulan ago
KUCHING, 21 Julai (Bernama) -- Vendor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Sarawak memperoleh kontrak bernilai RM49.31 bilion dalam tempoh 2014 hingga Mac tahun ini, sekali gus mencerminkan daya saing syarikat tempatan yang semakin kukuh dalam sektor tenaga.
2bulan ago
BANGKOK, 21 Julai (Bernama) -- Hyrax Oil Sdn Bhd memeterai beberapa perjanjian pada Selasa untuk mengembangkan produk cecair transformer ester Hyrax Estamol keluarannya ke pasaran Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah, menjejaki prestasi Wall Street menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.