BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 3-1 Star City FC | Selangor raih juara keseluruhan SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | Perenang Selangor Eliza Tan Ai Shen dan penembak Pahang Cheah Zen Hong dinobat Atlet Terbaik Wanita dan Lelaki SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | 1 Sept diumum cuti peristiwa sempena kejayaan kontinjen Selangor rangkul juara keseluruhan SUKMA 2026 - MB Selangor | Industri seni tidak terurus satu tragedi, tekan kehidupan seniman - PM Anwar | 

Terdapat 663 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor"

Malaysia Debt Ventures Kekalkan Penarafan Kredit Korporat 'AA3/Stable/P1

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) mengekalkan penarafan kredit korporat "AA3/Stable/P1" daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings), mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kekukuhan profil kredit syarikat serta sokongan kerajaan terhadap mandat strategiknya.

Bursa Malaysia Susut Sedikit Pada Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut sedikit pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung secara sederhana pada akhir sesi dagangan pagi, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.

HLIB Naikkan Unjuran Purata Harga MSM 2026, 2027 Kepada RM4,450, RM4,300 Setiap Tan

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menaikkan unjuran purata harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dan 2027 sebanyak RM100 setiap tan kepada masing-masing RM4,450 dan RM4,300 setiap tan.

Masa Depan Sektor Kewangan Ditentukan Kepercayaan, Bukan Teknologi - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Masa depan sektor kewangan tidak akan ditentukan oleh kepantasan atau kecanggihan teknologi, sebaliknya sejauh mana teknologi itu mampu memperkukuh kepercayaan, memperluas peluang serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Masa Depan Sektor Kewangan Perlu Keseimbangan Antara Manusia Dan AI - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Seiring dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas dalam sektor kewangan, masa depan industri itu memerlukan keseimbangan antara pertimbangan manusia dan kecerdasan mesin berteraskan kepimpinan beretika, kebertanggungjawaban dan budaya inovasi yang bertanggungjawab.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Atasi Prestasi Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi di Wall Street yang perlahan dalam tempoh semalaman dan dagangan bercampur-campur di seluruh pasaran serantau.

Bekalan Minyak Mentah Untuk Pengeluaran Perindustrian Masih Terkawal

KUALA LUMPUR, Julai 7 (Bernama) -- Bekalan minyak mentah untuk pengeluaran perindustrian termasuk resin, masih terkawal, bagaimanapun industri sedang melaksanakan penyesuaian dalam operasi bagi menghadapi peningkatan kos, menurut Kementerian Ekonomi.

Harga MSM Dijangka Kekal Tinggi Sehingga 2H 2026, Memuncak Pada 1H 2027 Susulan El Nino

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi pada separuh kedua 2026 dan mencapai kemuncak pada separuh pertama 2027, didorong fenomena El Nino yang sangat kuat yang dijangka melanda Asia Tenggara pada penghujung tahun ini.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus - Ahli Ekonomi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), disokong prestasi sektor luaran yang berdaya tahan, permintaan domestik yang sederhana dan risiko inflasi boleh diurus, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana oleh pelabur selepas pasaran tempatan meningkat baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih perlahan.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah Berikutan Tekanan Jualan Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini berikutan aktiviti penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi, terutamanya saham-saham kewangan hingga menjejaskan sentimen pasaran.

Perbelanjaan Luar Pesisir Asia Pasifik kekal Stabil Selepas Konflik Asia Barat

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Perbelanjaan sektor luar pesisir di rantau Asia Pasifik kekal stabil secara keseluruhannya selepas konflik di Asia Barat, dengan perbelanjaan modal (capex) bagi projek baharu di Asia Tenggara dianggarkan meningkat 12 peratus kepada lebih US$100 bilion (US$1 = RM4.08).