Kadar Pengangguran Kekal 3.0 Peratus Pada Mei 2026 - DOSM
PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.0 peratus pada Mei, dengan merekodkan 513,400 jumlah penganggur, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
| BERITA TERKINI | Liga Super: Sabah FC 3-1 Star City FC | Selangor raih juara keseluruhan SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | Perenang Selangor Eliza Tan Ai Shen dan penembak Pahang Cheah Zen Hong dinobat Atlet Terbaik Wanita dan Lelaki SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | 1 Sept diumum cuti peristiwa sempena kejayaan kontinjen Selangor rangkul juara keseluruhan SUKMA 2026 - MB Selangor | |
PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.0 peratus pada Mei, dengan merekodkan 513,400 jumlah penganggur, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Apex Securities mengekalkan unjuran pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia bagi 2026 pada 4.5 peratus tahun ke tahun, tidak berubah daripada ramalan sebelum ini, dengan pertumbuhan pengeluaran dijangka sederhana berikutan penyusutan aktiviti penyimpanan stok serta kesan asas tinggi selepas prestasi kukuh pada separuh kedua 2025.
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Air Asia Group Bhd dan Tourism Authority of Thailand (TAT) memperkukuh hubungan strategik jangka panjang menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bagi mempromosikan Thailand sebagai destinasi pelancongan pilihan utama di rantau ini.
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat, dengan pertumbuhan ekonomi berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street yang diterajui oleh saham teknologi walaupun terdapat ketidaktentuan di Asia Barat.
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BANDUNG, 10 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) berhasrat melihat industri semikonduktor Malaysia dan Indonesia berkembang lebih pesat, termasuk muncul sebagai pengeluar utama litar bersepadu (IC), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Saipolyazan M. Yusop.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan terus mengimbangi pendekatan pelaburannya termasuk memberi penekanan yang lebih besar kepada pelaburan melalui dana dan pengurus dana yang mempunyai kepakaran sektor, jaringan pasaran serta keupayaan pemantauan khusus.
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Langkah Bank Negara Malaysia’s (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini, hanya membuktikan kepentingan aspek pembaharuan struktur yang semakin ketara serta dasar pelaburan bagi memacu pertumbuhan jangka panjang.
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila ketegangan geopolitik baharu di Asia Barat menjejaskan sentimen pelabur.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Magma Group Bhd menyelesaikan penebusan saham keutamaan boleh tebus tidak boleh tukar (RPS) miliknya melalui kaedah tolakan saham selepas penyenaraian 166.42 juta saham biasa baharu di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berganding bahu menganjurkan Sesi Kesedaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk vendor automotif tempatan.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) 2026 pada 4.9 peratus dengan pertumbuhan tahun ini yang kukuh sebanyak 5.7 peratus menunjukkan potensi peningkatan kepada unjuran semasanya.