Terdapat 510 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Atasi Prestasi Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi di Wall Street yang perlahan dalam tempoh semalaman dan dagangan bercampur-campur di seluruh pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana oleh pelabur selepas pasaran tempatan meningkat baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih perlahan.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah Berikutan Tekanan Jualan Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini berikutan aktiviti penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi, terutamanya saham-saham kewangan hingga menjejaskan sentimen pasaran.

RNG Tech Perluas Operasi, Sasar Pasang Lebih 800 Kerusi Urut Di Malaysia, Empat Negara ASEAN

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RNG Tech Bhd menyasarkan pemasangan lebih 800 kerusi urut layan diri di seluruh Malaysia dan empat negara ASEAN pada tahun ini sebagai antara strategi pengembangannya selepas disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Awal Jejas Sentimen Pasaran

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan tekanan jualan pada awal dagangan menjejaskan sentimen pasaran, sekali gus menghakis sebahagian keuntungan yang dicatatkan semalam.

Unit BM Greentech Ambil Alih NEFIN V Power Pada RM3.6 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Plus Xnergy Holding Sdn Bhd, unit BM GreenTech Bhd, telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) bagi mengambil alih sejuta saham biasa mewakili 100 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar NEFIN V Power Sdn Bhd (NVP) yang bernilai RM3.6 juta.

IPO Enest Terlebih Langgan 1.94 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Enest Group Bhd telah terlebih langgan sebanyak 1.94 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dirangsang Minat Belian Saham Perbankan, Perladangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Julai -- Minat belian baharu yang kembali melonjak untuk saham-saham perbankan dan perladangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin.

Bursa Malaysia Terus Kukuh Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada dagangan tengah hari, dipacu saham wajaran tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

Saham MRCB Meningkat Pada Awal Dagangan Didorong Potensi Limpahan Projek LRT3

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang semakin baik, menjejaki prestasi Wall Street yang sebahagian besarnya positif pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aliran Meningkat, Sasar Paras 1,700 Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka meneruskan peningkatan dan menguji paras psikologi 1,700 mata minggu depan, disokong oleh kenaikan semula lebih tinggi pada Jumaat serta pembelian berterusan oleh pelabur institusi tempatan.