28hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengekalkan kedudukan sebagai antara mata wang berprestasi tinggi selain dolar Singapura bagi rantau ini, disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh dan impak peningkatan harga minyak meskipun dalam senario pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Standard Chartered Bank.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) meraih tiga anugerah berprestij pada The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2026.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan jangkaan pelabur terhadap anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 yang positif, kata penganalisis.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah yang disenaraikan di Pasaran Utama, Paragon Globe Bhd (PGB) telah bercadang untuk mengambil alih kepentingan benefisial tidak terbahagi bernilai RM127.28 juta secara tunai ke atas kawasan seluas kira-kira 8.52 juta kaki persegi di dalam tanah geran induk (master land) pegangan bebas seluas 103.89 hektar di Kulai, Johor.
29hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan keuntungan mereka pada hari Selasa, menjejaki pengukuhan dalam harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Food & Drinks Malaysia (FDM) 2026 anjuran SIAL akan diadakan dari 21 hingga 23 Julai, 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, bertujuan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab perdagangan makanan dan minuman (F&B) utama di ASEAN.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih meningkat pada Selasa.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal antara yang paling aktif di Asia Tenggara serta terus menerajui rantau ini dari segi jumlah dana IPO yang dikumpul dan bilangan penyenaraiannya, menurut Laporan Tinjauan Pertengahan Tahun IPO Asia Tenggara 2026 oleh Deloitte.