Terdapat 510 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Niaga Hadapan KLCI Diunjur Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu berikutan pelabur memantau perkembangan di Asia Barat serta kemungkinan impaknya terhadap pasaran global.

Unit Advancecon Peroleh Projek Taps Pusat Data Bernilai RM121.66 Juta Di Port Dickson

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Advancecon Holding Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) memperoleh subkontrak bagi kemudahan takungan air pinggiran sungai (TAPS) pusat data di Port Dickson, Negeri Sembilan, bernilai RM121.66 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Kenaikan Saham Kewangan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh pemulihan saham-saham perkhidmatan kewangan yang melonjakkan sentimen pasaran secara menyeluruh dan seiring prestasi positif pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street yang diterajui oleh saham teknologi walaupun terdapat ketidaktentuan di Asia Barat. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Ketegangan Baharu Di Asia Barat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila ketegangan geopolitik baharu di Asia Barat menjejaskan sentimen pelabur.

Magma Selesaikan Penebusan RPS RM47.71 Juta Melalui Tolakan Saham

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Magma Group Bhd menyelesaikan penebusan saham keutamaan boleh tebus tidak boleh tukar (RPS) miliknya melalui kaedah tolakan saham selepas penyenaraian 166.42 juta saham biasa baharu di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

SRKK AI Sasar Operasi Di Indonesia Sumbang Hasil Dalam Tempoh Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penyedia penyelesaian transformasi digital SRKK AI Bhd menjangkakan pengembangannya ke Indonesia akan mula memberi sumbangan penting kepada perolehan kumpulan dalam tempoh tiga tahun susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Ketidaktentuan Di Asia Barat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat telah menjejaskan sentimen pelabur.

Chin Hin Rancang Projek RM3.60 Bilion Di Segitiga Emas

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) merancang membangunkan projek pembangunan bercampur dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.60 bilion di kawasan Segitiga Emas, Kuala Lumpur, melibatkan jumlah kos pembangunan (TDC) RM2.72 bilion.

Belian Pada Akhir Dagangan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Aktiviti belian pada akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu walaupun pasaran serantau mencatatkan prestasi bercampur-campur.

GB Bond Terima Kelulusan Bursa Malaysia Untuk Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- GB Bond Holdings Bhd, pengeluar pelekat industri berasaskan air, polimer emulsi dan pengedap dari Pulau Pinang, telah memperoleh kelulusan Bursa Malaysia Securities Bhd untuk tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Susut Sedikit Pada Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut sedikit pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung secara sederhana pada akhir sesi dagangan pagi, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.