Terdapat 1424 berita berdasarkan kata kunci carian "ai"

Komitmen Pembaharuan Ekonomi Pacu Penyusutan Defisit Fiskal - Liew

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan telah mengecil selama lima tahun berturut-turut sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan dalam pelan pembaharuan ekonomi dan fiskal  telah membuahkan hasil, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Terus Kukuh Walaupun Saham Teknologi Global Susut

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dan menunjukkan daya tahan walaupun pasaran saham teknologi global mengalami penyusutan yang ketara dalam keadaan prestasi di Wall Street yang bercampur-campur

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Tempatan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran menerima rangsangan daripada kenyataan positif Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour semalam dan jangkaan perubahan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan Pastikan Kelulusan Pusat Data Tidak Jejas Sekuriti Tenaga Negara - Sim

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Setiap permohonan projek pusat data baharu akan melalui proses penilaian yang ketat bagi memastikan bekalan elektrik dan air kepada isi rumah dan industri tempatan tidak terjejas, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

KWSP: FBM KLCI Lebih Luas Kurangkan Penumpuan Sektor Perbankan

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Usaha memperluas komponen indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melebihi 30 syarikat konstituen sedia ada dijangka dapat mengurangkan kebergantungan indeks penanda aras itu terhadap sektor perbankan, kata Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Mohamad Hafiz Kassim.

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Tarik Aliran Pelaburan Pasif

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia berpotensi menarik lebih banyak aliran masuk pelaburan pasif susulan peralihan global ke arah strategi pelaburan itu, sekiranya pelaksanaan dasar dan reformasi diteruskan secara konsisten, menurut peserta Simposium Sasana 2026.

Niaga Hadapan MSM Kekal Rendah Berikutan Penurunan Harga Minyak Mentah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari kedua berturut-turut pada Selasa susulan penyusutan harga minyak mentah.

SIA Group Catat Rugi Bersih S$76 Juta Walaupun Raih Hasil Tertinggi

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 28 Julai (Bernama) -- Singapore Airlines (SIA) Group mencatat kerugian bersih S$76 juta (S$1=RM3.16) pada suku pertama tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 berbanding keuntungan bersih S$186 juta dalam tempoh sama pada 2025.

Tiada Mekanisme Kawalan Harga Khidmat Pengecas EV, Galak Pelaburan Sektor Swasta - MITI

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga bagi perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) awam, sebaliknya kadar caj ditentukan oleh pengendali stesen pengecas berdasarkan pertimbangan komersial masing-masing.

Penguasa Kewangan Singapura Catat Untung Bersih S$20 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025/26

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 28 Julai (Bernama) -- Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mencatat keuntungan bersih sebanyak S$20.0 bilion (S$1=RM3.16) bagi tahun kewangan 2025/26 yang berakhir 31 Mac, 2026, dipacu oleh keuntungan pelaburan yang kukuh.

Pertumbuhan Gaji Tidak Setara Produktiviti, Sistem Gaji Perlu Dirombak -- Timbalan Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menganggap pertumbuhan gaji di negara ini masih ketinggalan dari segi produktiviti, sekali gus memaparkan keperluan bagi merombak sistem penetapan gaji berkenaan.