1bulan ago
IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka turut menerima tempias krisis yang menjejaskan laluan strategik Selat Hormuz, namun impaknya tidak seteruk negara yang bergantung sepenuhnya kepada import minyak dan gas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Co-opbank Pertama Bhd (CBP) telah selesai menerbitkan Sukuk Wakalah Berstruktur Terlindung yang pertama bernilai RM500 juta menerusi syarikat tujuan khasnya, Himayah Sukuk Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Saham-saham Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut sebanyak 2.66 peratus dalam dagangan awal Khamis walaupun telah mengumumkan keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun, 2026, semalam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mencatatkan penurunan untung bersih kepada RM72.52 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM99.12 juta pada suku yang sama tahun lepas, susulan hasil lebih rendah berikutan penurunan harga jualan purata gas asli.
1bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 19 Ogos (Bernama) -- Affin Bank Malaysia dan Bank Central Asia (BCA) Indonesia memeterai kerjasama strategik untuk menyediakan keistimewaan timbal balik kepada pelanggan mereka yang mengembara antara kedua-dua negara, meliputi penjagaan kesihatan, hospitaliti, tempat makan, beli-belah dan gaya hidup.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan penurunan saham teknologi telah menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- YTL Power International Bhd dan JLand Group menjalin kerjasama strategik untuk membangunkan kampus pusat data baharu berskala gigawatt di Sedenak Tech Park West (STeP), Johor.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 19 Ogos (Bernama) -- Keputusan sama ada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan diberi peranan mengawal selia pengurusan dana dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) terletak pada kerajaan, kata Pengerusinya Datuk Mohammad Faiz Azmi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lebih 38 peratus perniagaan di Malaysia kini memanfaatkan sekurang-kurangnya satu alat teknologi kecerdasan buatan (AI) berbanding 27 peratus pada 2025, demikian menurut Amazon Web Services (AWS).
1bulan ago
Oleh Vijian Paramasivam
PHNOM PENH, 19 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan RM100 juta dalam potensi perdagangan melalui Misi Pecutan Eksportnya ke Kemboja.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 19 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang mengenal pasti syarikat besar Malaysia yang tidak tersenarai dan ingin menggalakkan mereka untuk mempertimbangkan dwipenyenaraian di Malaysia dan Hong Kong bagi meluaskan akses kepada pelabur antarabangsa.