2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif yang sederhana dalam julat 1,720 hingga 1,750, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lengang minggu depan, dengan permintaan mungkin didorong terutamanya oleh aktiviti pembelian bagi menambah semula stok susulan bekalan yang tidak menentu akibat faktor cuaca.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat yang lebih sederhana minggu depan berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan yang kukuh dicatatkan pada minggu ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun pada minggu hadapan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.06-RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan di tengah-tengah sentimen pasaran yang kekal berhati-hati selain faktor ketidaktentuan geopolitik yang berpanjangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung walaupun peningkatan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas ia menjejaki niaga hadapan getah serantau dan jangkaan berterusan bekalan getah asli yang mencukupi daripada pengeluar utama, Thailand pada musim menoreh puncak, kata seorang peniaga.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada hari terakhir dagangan minggu ini berikutan perkembangan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan “overweight” terhadap sektor pengangkutan dengan Westports Holdings Bhd kekal sebagai saham pilihan utamanya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah volum industri (TIV) untuk industri automotif Malaysia mencecah 790,000 unit pada tahun kalendar 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- AmBank (M) Bhd menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 berkembang 5.6 peratus, disokong oleh penggunaan swasta yang didorong oleh perbelanjaan musim perayaan sepanjang suku itu serta pelaburan swasta yang kekal stabil.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mencatatkan keuntungan bersih gabungan sebanyak US$12.1 bilion (US$1=RM4.07) pada tahun 2025, didorong oleh permintaan penumpang dan kargo yang kukuh, manakala harga bahan api yang lebih rendah membantu mengimbangi tekanan kos yang berpunca daripada gangguan rantaian bekalan yang berterusan.