Terdapat 773 berita berdasarkan kata kunci carian " tenaga"

GLIC Salur RM20.3 Bilion Di Bawah Inisiatif GEAR-uP Pada 2025, Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) --  Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memperuntuk dan menyalurkan sebanyak RM20.3 bilion di dalam negara pada 2025 menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP), yang melangkah ke tahun ketiganya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Menjejaki Penyusutan Semalaman Wall Street

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini dengan aktiviti belian dan jualan saling seiringan membabitkan beberapa saham wajaran tinggi terpilih susulan kerugian semalaman di Wall Street sebagai reaksi terhadap kenaikan harga minyak mentah, kata penganalisis.

Ringgit Mengukuh Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Stabil Dengan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mencatat kenaikan berbanding kebanyakan mata wang utama lain dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah hari ini selepas harga tenaga dan minyak kacang soya menjadi lebih lemah, kata seorang peniaga.

Pelabur Asing Kembali Ke Ekuiti Malaysia, Catat Aliran Masuk Bersih RM300.9 Juta Pada Julai

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran ekuiti Malaysia pada Julai, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM300.9 juta, dengan pembelian tertumpu dalam perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan logisitk serta utiliti. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas pasaran meningkat semula baru-baru ini, dengan saham sektor telekomunikasi dan perindustrian mendahului penurunan itu, kata penganalisis.

EcoSys, M&A Securities Meterai Perjanjian Taja Jamin Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penyedia penyelesaian industri, EcoSys (Malaysia) Bhd memeterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd sebagai persediaan bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd menerusi tawaran awam permulaan (IPO).

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus ditutup bercampur-campur pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang lebih kukuh dan petunjuk ekonomi yang positif, kata seorang peniaga.

KL20 2026 Tambah Empat Fokus Baharu, Perluas Tumpuan Ke Lapan Sektor - Akmal Nasrullah

PETALING JAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Acara Kuala Lumpur 20 (KL20) 2026 akan memperkenalkan empat fokus tambahan, iaitu ekonomi kreatif, ekonomi digital, permainan digital dan sektor ketiga, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kualiti Audit Firma Bertambah Baik, Tenaga Kerja Masih Jadi Cabaran Utama -- Laporan Audit SC

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pemantauan Audit (AOB) di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapati amalan tingkah laku beretika, perundingan, pematuhan dan cabaran profesional firma audit utama berada pada tahap kukuh, mempamerkan budaya berorientasikan kualiti yang mampan di seluruh firma.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah tekanan jualan.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat peningkatan baru-baru ini, kata penganalisis.