BERITA TERKINI   Liga Super: JDT 3-0 Negeri Sembilan | 

Terdapat 1113 berita berdasarkan kata kunci carian " re"

Konsistensi Dasar, Asas Ekonomi Kukuh Sokong Keyakinan Pelabur - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Konsistensi dasar dan asas ekonomi Malaysia yang kukuh terus menyokong keyakinan pelabur walaupun terdapat kebimbangan terhadap persekitaran politik domestik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ketika pasaran mencerna data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua yang menunjukkan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus.

Pulau Jerejak Berpotensi Jadi Pusat Kewangan, Jambatan Baharu Pemangkin Pembangunan - Sim

GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Pulau Jerejak berpotensi dibangunkan sebagai pusat kewangan yang menghimpunkan pemodal teroka, institusi perbankan, dana ekuiti persendirian dan pelabur teknologi bagi melengkapkan ekosistem semikonduktor dan teknologi tinggi di Bayan Lepas.

Kerajaan Proaktif Rangka Dasar Depani Cabaran AI, Teknologi - Gobind

PETALING JAYA, 14 Ogos (Bernama) -- Kerajaan terus mengambil pendekatan proaktif dalam merangka dasar serta menyediakan ekosistem teknologi terutama kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan negara bersedia mendepani cabaran teknologi masa depan.

Lebihan Akaun Semasa Malaysia RM10.8 Bilion Pada Suku Kedua 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Imbangan Akaun Semasa (CAB) Malaysia mencatatkan lebihan RM10.8 bilion pada suku kedua 2026, terutamanya disokong peningkatan ketara lebihan Akaun Barangan kepada RM40.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ekonomi Malaysia Berkembang 6.0 Peratus Pada Suku Kedua 2026, Atasi Anggaran Awal DOSM - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6 peratus pada suku kedua 2026, mengatasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.8 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Risiko El Nino Pacu Unjuran Harga MSM 2026 RM4,400 Setan Metrik - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan metrik bagi 2026 dan RM4,450 setan metrik bagi 2027 sementara menunggu musim pengumuman keputusan kewangan yang akan datang.

Saham AirAsia Group Naik Dua Peratus Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Harga saham AirAsia Group Bhd meningkat dua peratus pada dagangan awal Jumaat meskipun syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih bagi suku kedua 2026 dalam keputusan kewangan syarikat itu yang diumumkan semalam.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat sebelum menurun tidak lama kemudiannya, dengan aktiviti pengambilan untung dilihat di kaunter produk perindustrian dan pembinaan, walaupun Wall Street semalaman ditutup tinggi.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN Menjelang Pengumuman KDNK Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama dan ASEAN menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 hari ini, kata ahli ekonomi.

Keuntungan Bersih Keyfield Susut Kepada RM23.09 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Keyfield International Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 menyusut kepada RM23.09 juta berbanding RM66.36 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.