1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang merangka penambahbaikan mekanisme insentif kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan pemberiannya selaras dengan sasaran Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
1hari ago
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Keputusan yang dihasilkan pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 akan menjadi penentu dan pembentuk kepada daya tahan serta kemakmuran ekonomi rantau ini untuk generasi akan datang, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Sebanyak 1,703 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah didaftarkan dengan 654 projek selesai dilaksanakan serta penjimatan kos pematuhan berjumlah RM3.71 bilion, setakat 30 Okt 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, disokong sentimen yang bertambah baik susulan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang lebih kukuh pada suku ketiga 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan komitmennya untuk memperkukuh industri hiliran getah bernilai tinggi menerusi pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan serta pemindahan teknologi bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran lebihan akaun semasa bagi 2026 pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun mengunjurkan lebihan yang lebih kecil pada 2027.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kertas Strategi terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) menggariskan bagaimana rangkaian kontrak Syariah yang lebih luas boleh diaplikasikan secara lebih terarah dan pelbagai bagi memenuhi keperluan pembiayaan, pelaburan dan perlindungan yang semakin berkembang, menurut bank pusat itu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.4 peratus daripada 5.1 peratus.
2hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Malaysia terus menumpukan kepada usaha mengembangkan perdagangan, menarik pelaburan dan mengekalkan hubungan baik dengan semua negara untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang yang lebih besar bagi perniagaan.
2hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap ekonomi Malaysia dapat mencatatkan antara kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan ekonomi membangun susulan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus pada suku ketiga 2026.
2hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu apabila sentimen berhati-hati terus menjejaskan beberapa saham wajaran tinggi, khususnya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan perladangan.
2hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung sekatan baharu ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI), khususnya mengenai keperluan pelesenan serta penyediaan perkhidmatan pusat data kepada pihak ketiga.