16jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) terus memilih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) kerana pendedahannya kepada ekosistem pusat data dan kecerdasan buatan (AI) yang sedang berkembang menerusi YTL Power International Bhd (YTL Power), selain pelbagai perniagaan infrastruktur serta bahan binaan.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$132.1 bilion setakat 13 Nov 2026, berbanding US$132.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Okt 2026.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Manulife Financial Corporation melantik Harshal Shah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Manulife Holdings Bhd dan CEO of Manulife Insurance Bhd berkuat kuasa 20 November 2026.
17jam ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Momentum pelaburan Malaysia dijangka kekal kukuh pada 2027 sekiranya ekonomi terus berkembang antara empat hingga lima peratus, disokong prestasi perdagangan, daya tahan ekonomi dan minat berterusan pelabur, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd mengunjurkan pertumbuhan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia kekal rendah pada 1.8 peratus bagi baki 2026 berbanding unjuran sebelumnya sebanyak 1.9 peratus manakala IHP bagi 2027 diunjur berada dalam julat 1.6 hingga 2.1 peratus.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) dan Majlis Perkhidmatan Perniagaan Global Digital Malaysia (GBS Malaysia) menjalin satu kerjasama strategik untuk menarik pelaburan perkhidmatan perniagaan global (GBS) bernilai tinggi ke Cyberjaya.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kewangan Islam berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan pelaburan rantau ini yang semakin meningkat dalam peralihan tenaga, daya tahan iklim dan pembangunan infrastruktur mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
18jam ago
ISKANDAR PUTERI, 20 Nov (Bernama) -- Kontraktor tempatan di Johor merekodkan 2,631 projek pembinaan bernilai RM40.65 bilion sepanjang 2025, berdasarkan data Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui Johor Centre for Construction Development (JCCD).
18jam ago
ALOR SETAR, 20 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Special Renewable Energy Zone@NCER (SREEZ@NCER) yang diterajui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mencatat kemajuan penting dengan bermulanya pembinaan projek solar pertama Malaysia di bawah Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) di Kedah Rubber City (KRC).
19jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah apabila jualan besar-besaran saham berkaitan teknologi di peringkat global menjejaskan sentimen pelabur.
20jam ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri lawatan kerja selama tiga hari ke China, yang menyaksikan beliau menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 di sini.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Maybank berjaya menyelesaikan urus niaga tokenisasi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang pertama di negara ini menerusi program perintis bersama cabang insuransnya Etiqa Life Insurance Bhd.