Terdapat 780 berita berdasarkan kata kunci carian "perniagaan"

Pengilang AS Alih Sumber Input Dari China Ke Malaysia Susulan Tarif - AMCHAM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pengilang Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di Malaysia mengurangkan kebergantungan terhadap input dari China dan semakin meningkatkan sumber bekalan dari Malaysia susulan pelaksanaan tarif AS, menurut Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).

Donuf Sasar 100 Cawangan Menjelang 2029

Oleh Nur Fadhliana Shaari

JOHOR BAHRU, 2 Okt (Bernama) -- Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2029 didorong oleh perkembangan positif perniagaan itu sejak mula beroperasi April lepas.

Belanjawan 2027: PIAM Minta Pelepasan Cukai Dan Geran Digital Bagi Rapatkan Jurang Perlindungan Insurans

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) meminta kerajaan supaya menyediakan pelepasan cukai bagi perlindungan kritikal seperti insurans gangguan perniagaan bagi meningkatkan tahap kemampuan dan akses kepada perlindungan insurans.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Jumaat, disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap mata wang tempatan walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang baik mengukuhkan kedudukan mata wang negara itu.

BMCC Iktiraf Kejayaan 23 Nama Pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2026

SUBANG JAYA, 1 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan British Malaysia (BMCC) hari ini telah mengiktiraf kejayaan 23 nama pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan (BEA) BMCC ke-7 berikutan prestasi, inovasi dan impak yang mereka sumbang terhadap landskap perniagaan antara United Kingdom (UK) serta Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.

Klanggroup Serah Dua Pembangunan Hartanah Dengan GDV RM1.74 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Klanggroup Development Sdn Bhd menyerahkan milikan kosong pada September 2026 untuk dua pembangunan hartanah di Selangor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.74 bilion.

Malaysia, Singapura Boleh Bekerjasama Tingkatkan Perdagangan Intra-ASEAN - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura boleh bekerjasama untuk meningkatkan kesalinghubungan perniagaan dalam ASEAN dan memacu perdagangan intra-ASEAN dengan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara dalam rantaian bekalan, ekonomi digital serta industri utama.

Apam Balik Jalan Mawai Terus Jadi Buruan Pelanggan Dari Segenap Daerah

KOTA TINGGI, 1 Okt (Bernama) -- Berkat mempertahankan resipi keluarga sejak 19 tahun lepas, apam balik Jalan Mawai di sini terus menjadi buruan pelanggan dari serata daerah, malah perisa asli masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana kesegaran bahan yang digunakan.

Malaysia, Singapura Teroka Usaha Menarik Pelaburan Dalam JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura sedang meneroka kaedah untuk menarik pelabur dari negara ketiga ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sekali gus memperkukuh zon itu sebagai hab pelaburan dan eksport serantau.

MAG Ambil Alih Sepang Aircraft Engineering Daripada Airbus

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menandatangani perjanjian jual beli dengan Airbus untuk mengambil alih Sepang Aircraft Engineering (SAE), anak syarikat milik penuh Airbus.

GB Bond Jangka Kilang Baharu Tingkatkan Pengeluaran Pelekat Sebanyak 35 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Okt  (Bernama) -- GB Bond Holdings Bhd, pengeluar pelekat dan bahan pengedap industri berasaskan air, menjangkakan kilang baharunya di Pulau Pinang boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk rangkaian pelekatnya sebanyak 30 hingga 35 peratus.