Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian " undang-undang"

Peruntukan Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan Tidak Bersifat Menghukum - Liew

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan menegaskan bahawa peruntukan Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak bersifat menghukum tetapi bertujuan menjamin kutipan hasil cukai negara yang teratur demi membiayai agenda pembangunan negara.

Lawatan PM Anwar Ke Rusia, Turkmenistan Perkukuh Keterjaminan Tenaga Malaysia - BRICS International Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- BRICS International Malaysia menyambut baik hasil positif lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan terutamanya untuk memperkukuh keterjaminan tenaga Malaysia bagi jangka panjang, meningkatkan kerjasama minyak dan gas (O&G) serta memperkukuh kerjasama ekonomi strategik.

Malaysia Perlu Rangka Undang-undang, Regulasi Kukuh Sebelum Teroka Kuasa Nuklear – Persatuan Nuklear Sedunia

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mewujudkan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang kukuh serta membangunkan tenaga kerja mahir sebelum tenaga nuklear boleh dipertimbangkan secara realistik dalam campuran sumber tenaga jangka panjang negara, kata Ketua Pengarah Persatuan Nuklear Sedunia (WNA) Dr Sama Bilbao y Leon.

Uzbekistan Bakal Tarik Lebih Banyak FDI Susulan Penambahbaikan Dalam Iklim Pelaburan - Presiden

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ketika negara itu melaksanakan langkah-langkah sistematik untuk menambah baik iklim pelaburannya, termasuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa Tashkent (TIFC) dan meluaskan inisiatif penswastaan. 

Uzbekistan Kukuh Kawal Selia Kewangan Islam Dengan Bantuan Universiti INCEIF

Oleh Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang mengukuhkan rangka kerja kawal selia kewangan Islamnya dengan bantuan pakar dari Universiti INCEIF Malaysia dalam bidang seperti sekuriti sukuk, pelesenan kewangan Islam, tadbir urus Syariah dan ekosistem kawal selia yang komprehensif sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga pembangunan industrinya.

Uzbekistan Berminat Perkukuh Hubungan Pelaburan, Perniagaan Dengan Malaysia, ASEAN

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan menyatakan minat untuk memperkukuh hubungan pelaburan dan perniagaan dengan Malaysia serta negara-negara ASEAN, khususnya dalam sektor industri bernilai tambah tinggi, pembuatan dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS).