ASEAN-Rusia Perlu Perluas Kerjasama Secara Menyeluruh Terutamanya dalam Keselamatan Makanan, Tenaga - PM Anwar
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- ASEAN dan Rusia perlu memperluaskan kerjasama pelbagai hala dalam bidang seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.