Ringgit Dijangka Terus Mendapat Sokongan Pada Minggu Depan
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mendapat sokongan minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3 September, dengan bank pusat diunjur mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.