Terdapat 283 berita berdasarkan kata kunci carian " pembinaan"

Vertex Material Dinilai Pada US$7 Bilion, Sasar Penyenaraian Nasdaq Pada 2027

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Syarikat bahan termaju Malaysia, Vertex Material yang membangunkan bahan komposit berasaskan tembaga untuk aplikasi perindustrian, muncul sebagai syarikat unicorn (gergasi) baharu selepas mencapai penilaian kira-kira US$7 bilion (US$1=RM4.08).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Hasil Bon AS Kekal Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini selepas menempuh sesi dagangan yang tidak menentu susulan kebimbangan terhadap hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang kekal tinggi serta kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) melaksanakan dasar monetari yang lebih agresif selanjutnya, kata seorang penganalisis.

MBSB Bank Salur RM29.6 Juta Kepada Bisajuta Untuk infrastruktur Sabah

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- MBSB Bank Berhad menyalurkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM29.6 juta kepada Bisajuta Sdn Bhd, kontraktor berpangkalan di Sabah untuk menyokong empat projek infrastruktur awam.

Serai Johawaki Labur RM15 Juta Bangunkan 'Serai Estate' Di Ipoh, Jadi Hab Operasi F&B Luar Lembah Klang

IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Serai Johawaki menyasarkan pembukaan Serai Estate di Ipoh sebagai hab strategik pertama kumpulan itu di luar Lembah Klang menerusi pelaburan kira-kira RM15 juta, sebelum kumpulan itu mengembangkan operasinya ke Pulau Pinang dan Johor.

Solarvest Gesa Belanjawan 2027 Tangani AI, Pusat Data, Pemodenan Grid

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menggesa kerajaan menangani dua keutamaan nasional yang semakin penting, iaitu kecerdasan buatan (AI) dan perkembangan pesat pusat data, selain pemodenan grid serta pendigitalan tenaga dalam Belanjawan 2027.

Johor Rekod Pelaburan Diluluskan RM59.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2026 - Akmal Nasrullah

JOHOR BAHRU, 17 Sept (Bernama) -- Johor merekodkan nilai pelaburan diluluskan sebanyak RM59.4 bilion bagi tempoh separuh pertama tahun ini, merangkumi sektor pembuatan, pembuatan mesin serta elektrik dan elektronik (E&E).

Hubungan Dua Hala, Kerjasama China-Malaysia Semakin Kukuh

GEORGE TOWN, 15 Sept (Bernama) -- Prospek kerjasama dan pembangunan antara China-Malaysia semakin meningkat berbanding sebelum ini, susulan pengukuhan hubungan dua hala kedua-dua negara, kata Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, Zhou Youbin.

Unit PTT Synergy Peroleh Kontrak Sime Darby Property Bernilai RM83.26 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Unit PTT Synergy Group Bhd, iaitu Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd (PTTSB) memperoleh kontrak bernilai RM83.26 juta daripada Sime Darby Property Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Keputusan Kadar FOMC

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para pelabur masih mengambil pendekatan berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) esok serta lonjakan harga minyak.

Malaysia, Maldives Mulakan Rundingan PTA, Buka Laluan Tingkatkan Perdagangan

Daripada Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Maldives bersetuju untuk memulakan rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA), langkah yang dijangka mewujudkan peluang baharu kepada sektor perniagaan dan meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Anwar Gesa Malaysia-India Perkukuh Sinergi Semikonduktor, E&E

Daripada Ratcharathan A/L Rawe Shanggar

KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Malaysia dan India memperkukuh sinergi dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi meningkatkan keupayaan masing-masing dan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara.

Nuenergy Labur Dalam kemudahan Solar PV Berkapasiti 21 MWP Di 49 Tapak Bumbung

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Nuenergy Holdings Bhd akan melabur bagi pembangunan kemudahan sistem solar fotovoltaik (PV) dengan kapasiti 21 megawatt puncak (MWp) melibatkan 49 lokasi bumbung di premis agensi kerajaan.