4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Persidangan WAIC Connect Malaysia 2026 yang ditaja oleh Huawei telah menghimpunkan penyedia teknologi kecerdasan buatan (AI), penggiat industri dan perniagaan untuk meneroka aplikasi praktikal teknologi tersebut serta memupuk kerjasama dalam ekosistem AI.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menggesa kerajaan menangani dua keutamaan nasional yang semakin penting, iaitu kecerdasan buatan (AI) dan perkembangan pesat pusat data, selain pemodenan grid serta pendigitalan tenaga dalam Belanjawan 2027.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) menangguhkan pelaksanaan keperluan wajib jaminan munasabah bagi pendedahan pelepasan gas rumah hijau (GHG) Skop 1 dan Skop 2 untuk entiti Kumpulan 1 yang tertakluk di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menampilkan lima studio permainan Malaysia di Pavilion Malaysia pada acara Tokyo Game Show (TGS) 2026 di Chiba, Jepun, dari 17 hingga 21 September, 2026.
4hari ago
Daripada Siti Fauziah Hasan
NANNING (China), 16 Sept (Bernama) -- Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-23 2026 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) tahun ini memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan, kecerdasan buatan (AI) serta penyertaan lebih meluas perusahaan sebagai pemacu utama kerjasama China-ASEAN.
4hari ago
Daripada Siti Fauziah Hasan
QINZHOU (China) 16 Sept (Bernama) -- Terusan Pinglu, projek utama Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, dibuka secara rasmi untuk pelayaran hari ini, sekali gus mewujudkan koridor pengangkutan air baharu yang menghubungkan barat daya China dengan ASEAN dan pasaran antarabangsa.
5hari ago
GEORGE TOWN, 15 Sept (Bernama) -- Prospek kerjasama dan pembangunan antara China-Malaysia semakin meningkat berbanding sebelum ini, susulan pengukuhan hubungan dua hala kedua-dua negara, kata Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, Zhou Youbin.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Ekonomi penjagaan golongan berusia di Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan warga emas Singapura yang mencari pilihan penjagaan dengan bantuan di negara ini menjelang 2030.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Anak syarikat utama Frontken Corporation Bhd (FCB), Ares Green Technology Corporation (AGTC), akan membeli tanah industri berserta bangunan kilang yang didirikan di atasnya daripada Ginwin Technology Co Ltd dengan nilai tunai RM118.16 juta.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) akan menganjurkan Persidangan JC3 Journey to Zero 2026 di Sasana Kijang di ibu negara pada 28 hingga 29 September ini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pengguna elektrik menerima rebat berjumlah RM3.1 bilion sejak mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) diperkenalkan pada 1 Julai, 2025 berbanding surcaj RM800 juta yang dikenakan dalam tempoh sama, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- YTL Power International Bhd, Ganda Power dan Siemens Energy memeterai perjanjian tempahan bagi empat lagi unit turbin gas SGT-9000HL.