BERITA TERKINI   ASA 2026 iktiraf sumbangan warga industri penyiaran dalam menyampaikan maklumat dan menghasilkan hiburan berkualiti - Fahmi | Permohonan Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM15 juta bagi enam kategori di bawah FINAS dibuka mulai 16 Nov - Fahmi | Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Taman Perling, Johor petang semalam - Polis | TuJu diminta segera menambah baik prestasi aplikasi navigasi bagi meningkatkan keyakinan pengguna – Teo | Seorang lelaki maut dipercayai tertimbus tanah berhampiran tangki air Taman Kedidi, Pasir Gudang pagi tadi - Bomba | 

Terdapat 764 berita berdasarkan kata kunci carian " tinggi"

Penambahbaikan Sistem SST Mampu Pacu Persekitaran Cukai Lebih Cekap -- EY

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Usaha penambahbaikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang merangkumi aspek meminimumkan cukai bertindih, memperluas asas cukai dan mengukuhkan aspek pematuhan, dapat mendorong mewujudkan persekitaran cukai yang lebih cekap bagi perniagaan.

Malaysia Alu-alukan Pelaburan Bahrain, Perluas Kerjasama Dalam Pelbagai Bidang

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari Bahrain dan bersedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Kini Fokus Bina Daya Tahan Ekonomi dalam Ketidaktentuan Global -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Fokus ekonomi Malaysia kini beralih daripada mengejar kecekapan kepada usaha membina daya tahan yang lebih kukuh, ketika negara terus mencatat pertumbuhan yang mengatasi unjuran walaupun berdepan ketidaktentuan global, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kembali Melonjak Didorong Keadaan Terlebih Jual Minggu Hadapan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka akan terus didagangkan dalam jajaran kecil pada minggu hadapan. Bagaimanapun, keadaan pasaran yang terlebih jual berpotensi membuka ruang kepada berlakunya lantunan teknikal, menurut penganalisis

Belanjawan 2027 Perlu Tumpu Hasil Pelaburan Teknologi, Produktiviti Jangka Panjang - Epicor

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 perlu menumpukan aspek bagi memastikan pelaburan dalam teknologi berupaya memberi manfaat dari segi produktiviti, kualiti serta daya tahan rantaian bekalan dan tidak setakat menggalakkan pengilang menggunapakai teknologi baharu, menurut syarikat teknologi Epicor.

Dagangan Indeks Utama Bursa Malaysia Dijangka 1,620-1,650 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Indeks penunjuk utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,620-1,650 minggu depan yang menyaksikan usaha pengumpulan saham-saham mewah yang berkualiti susulan penurunan itu, kata penganalisis.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka mengalami ketidaktentuan dari segi penawaran dan permintaan pada minggu hadapan, dengan harga berkemungkinan meningkat sebelum stabil, ia banyak bergantung pada keadaan cuaca, kata pakar industri Denis Low.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Julat US$4,100-US$4,300 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan antara US$4,100 dan US$4,300 setiap auns troy minggu depan, dengan logam berharga itu dijangka kekal sensitif terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta jangkaan mengenai hala tuju dasar monetari. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan kenaikan harga jongkong emas global serta sentimen berhati-hati yang berterusan menjelang pengumuman laporan gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Ringgit Ditutup Mengukuh Sedikit Dalam Dagangan Berhati-hati

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas bergerak dalam julat terhad, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Jumaat yang menjejaki prestasi asas pasaran tunai.

Aktiviti Buru Saham Pacu Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat selepas mengalami pemulihan kecil pada akhir dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini, kata penganalisis.