2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini berikutan aktiviti penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi, terutamanya saham-saham kewangan hingga menjejaskan sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RNG Tech Bhd menyasarkan pemasangan lebih 800 kerusi urut layan diri di seluruh Malaysia dan empat negara ASEAN pada tahun ini sebagai antara strategi pengembangannya selepas disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan tekanan jualan pada awal dagangan menjejaskan sentimen pasaran, sekali gus menghakis sebahagian keuntungan yang dicatatkan semalam.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Plus Xnergy Holding Sdn Bhd, unit BM GreenTech Bhd, telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) bagi mengambil alih sejuta saham biasa mewakili 100 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar NEFIN V Power Sdn Bhd (NVP) yang bernilai RM3.6 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Enest Group Bhd telah terlebih langgan sebanyak 1.94 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 6 Julai -- Minat belian baharu yang kembali melonjak untuk saham-saham perbankan dan perladangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada dagangan tengah hari, dipacu saham wajaran tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang semakin baik, menjejaki prestasi Wall Street yang sebahagian besarnya positif pada Jumaat lepas.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka meneruskan peningkatan dan menguji paras psikologi 1,700 mata minggu depan, disokong oleh kenaikan semula lebih tinggi pada Jumaat serta pembelian berterusan oleh pelabur institusi tempatan.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal positif secara berhati-hati pada minggu depan, diniagakan antara 1,670 hingga 1,690 mata disebabkan aktiviti memburu saham murah, tekanan luaran yang semakin reda dan sentimen serantau yang memulih.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik 86.8 peratus Rohas Tecnic Bhd, HG Power Transmission Sdn Bhd (HGPT) menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa siasatan yang melibatkan syarikat itu telah pun selesai.