Terdapat 434 berita berdasarkan kata kunci carian " kontrak"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, July 6 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin susulan pelabur mengambil keuntungan dalam persekitaran peningkatan dolar AS menjelang pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Jun, minggu ini.

WCT Holdings Terima Kontrak Pembinaan Bernilai RM926.2 Juta Di Abu Dhabi

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd telah menerima subkontrak pembinaan bernilai RM926.20 juta di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, melalui usaha sama (JV) nisbah kepentingan 50:50 dengan Construction General Contracting House Ltd (CGCH).

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.

Niaga Hadapan KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur hari ini.

Agrobank Optimis Sektor Agromakanan Mampu Harungi Cabaran Global

Oleh Norhayati Mohd Akhir

PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) --  Agrobank kekal optimis terhadap daya tahan sektor agromakanan negara meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan gangguan rantaian bekalan global.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Sekitar RM4,200-RM4,300 Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat RM4,200 hingga RM4,300 disebabkan oleh jangkaan aktiviti pengambilan untung akan berlaku serta petunjuk penawaran dan permintaan yang bercampur-campur, kata seorang pedagang industri.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Berlegar Dalam Julat 1,670–1,690 Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal positif secara berhati-hati pada minggu depan, diniagakan antara 1,670 hingga 1,690 mata disebabkan aktiviti memburu saham murah, tekanan luaran yang semakin reda dan sentimen serantau yang memulih.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan menaik minggu depan. 

Niaga Hadapan MSM Susut Dipengaruhi Jangkaan Pengeluaran, Stok Meningkat

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Julai  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus susut pada akhir dagangan Jumaat, diasak kebimbangan berkaitan peningkatan pengeluaran selain jangkaan paras stok simpanan yang lebih tinggi.

Unit Hextar Industries Peroleh Kontrak EPC Bernilai RM138.4 Juta Di Pulau Indah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Anak syarikat 70 peratus milik Hextar Industries Bhd (HIB), Hextar Mitai Sdn Bhd (HMSB) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bernilai RM138.42 juta bagi pembangunan perindustrian berskala besar di Pulau Indah, Selangor. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Permintaan Aset Selamat Berterusan

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh permintaan pelabur yang berterusan terhadap aset selamat dan prestasi itu turut seiring dengan pergerakan pasaran emas di Bursa Komoditi New York (Comex).