2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Untung bersih Eco-Shop Marketing Bhd meningkat kepada RM264.56 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2026 daripada RM205.03 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih disebabkan aktiviti pengambilan untung.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemindahan saham Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka selesai menjelang akhir suku ketiga 2026 atau pada peringkat awal suku keempat 2026, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 22 Julai (Bernama) -- Kilang dan pemain industri terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) disaran memanfaatkan prestasi perdagangan negara yang kukuh pada tahun ini dengan melabur semula keuntungan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), automasi dan pembangunan bakat bagi meningkatkan daya saing jangka panjang.
2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dengan aktiviti pengambilan untung yang berterusan mengehadkan kenaikan walaupun Wall Street mencatatkan peningkatan semula semalaman, kata penganalisis.
2bulan ago
IPOH, 21 Julai (Bernama) -- Kadar pertumbuhan ekonomi global berisiko menghampiri sifar dalam tempoh 100 tahun akan datang susulan peningkatan halangan perdagangan, persaingan geopolitik yang semakin sengit serta gangguan rantaian bekalan yang mengubah landskap ekonomi dunia, kata Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, disebabkan aktiviti pengambilan untung yang berterusan walaupun di pasaran meluas menunjukkan bahawa minat belian terpilih kekal kukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah, menjejaki prestasi Wall Street menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada pada kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh berbanding prestasi 2018 hasil usaha pemulihan berterusan dan penstrukturan semula.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah, di tengah-tengah ketegangan baharu di Asia Barat, menurut seorang peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.