BERITA TERKINI   Arahan henti aktiviti di luar bilik darjah termasuk keramaian dan sukan serta-merta di kawasan bacaan IPU lebih 100 - KPM | JPN, PPD dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diarah pantau rapat keadaan semasa jerebu - KPM | PRN Melaka diadakan pada 14 Nov, penamaan calon 31 Okt - SPR | PRN Melaka: Seramai 687,697 individu layak mengundi - Pengerusi SPR | Rumah ibadat, sekolah bantuan modal di bawah Perbadanan Aset Keretapi nikmati kadar sewa khas RM1 sebulan mulai 1 Okt - Loke | 

Terdapat 753 berita berdasarkan kata kunci carian " ditutup"

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.

BMI Naik Unjuran Harga Purata MSM 2026 Kepada RM4,453 Berikutan Bekalan Terhad

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menaikkan unjuran harga purata 2026 bagi kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) bulan terdekat yang disenaraikan di Bursa Malaysia kepada RM4,453 satu tan daripada RM4,300 satu tan yang dikekalkan sejak Oktober 2025.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Pemulihan Wall Street Semalaman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif pasaran serantau susulan pemulihan Wall Street semalaman. 

Ringgit Mengukuh Susulan Tekanan Hutang AS, Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah Reda

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap peningkatan hutang kerajaan Amerika Syarikat (AS) memberi tekanan kepada dolar AS, sekali gus meredakan jangkaan kenaikan kadar faedah AS, kata seorang ahli ekonomi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Kenaikan Minyak Kacang Soya Di CBOT

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT). 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Walaupun Dolar AS Susut Menjelang Minit Mesyuarat FOMC

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, walaupun dolar Amerika Syarikat (AS) susut menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS lewat malam ini.

Belian Saat Akhir Pacu Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, disokong oleh belian pada saat-saat akhir menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) lewat malam ini.

Niaga Emas Ditutup Rendah Walaupun Dolar US Melemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini walaupun dolar US melemah menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah Pelabur

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan penurunan saham teknologi telah menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu susulan kenaikan di pasaran serantau dengan ketidaktentuan berhubung perang Amerika Syarikat (AS)-Iran menjejaskan sentimen, menurut seorang peniaga.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman dan pasaran serantau yang suram dipengaruhi ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.