11hari ago
SINGAPURA, 7 Sept (Bernama) -- Pengendali logistik ekspres kini sedang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pemantauan jarak jauh merentasi rangkaian pengangkutan darat mereka untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan rentas sempadan menjelang penyepaduan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Sasaran untuk melonjakkan sumbangan nilai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera daripada 15 peratus kepada sehingga dua kali ganda menjelang 2035 akan diperincikan semula pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jakarta terus dibatalkan hari ini disebabkan letusan Gunung Anak Krakatau yang berterusan di Selat Sunda Indonesia, antara Jawa dan Sumatera, menurut Batik Air.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Konvensyen teknologi Selangor, yang dahulunya dikenali sebagai Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC), dijenamakan semula sebagai AiSEM@Selangor, Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Malaysia menganjurkan Persidangan Ketua-Ketua Pengarah Penerbangan Awam, rantau Asia dan Pasifik (DGCA/61) ke-61 dari 7 hingga 11 September, 2026, menghimpunkan lebih 500 peserta dari 35 negara untuk salah satu perhimpunan penerbangan awam paling penting di rantau berkenaan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari berikutan aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih, yang diterajui oleh saham telekomunikasi, produk pengguna dan utiliti.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Aliran masuk asing ke dalam bon kerajaan Malaysia berjumlah RM11.1 bilion pada Ogos, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Globaltec Formation Bhd (GFB) melalui anak syarikat tenaga bersih milik 70 peratusnya, NuEnergy Gas Ltd, mengumumkan kerajaan Indonesia telah meluluskan pembangunan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Tanjung Enim milik NuEnergy sebagai projek strategik nasional Indonesia.
11hari ago
Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM120.3 juta pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal pada Isnin.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan data jumlah pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) AS yang lebih kukuh daripada jangkaan.