BERITA TERKINI   Tempahan jet persendirian dikait dengan rampasan 521kg dadah di Laos dilakukan seorang warga Filipina - Polis | Kes bunuh Irene Sofiya: Sebatang besi panjang disyaki digunakan untuk pukul mangsa dirampas - Polis | Kes bunuh Irene Sofiya: Motif pembunuhan dipercayai akibat perasaan dendam suspek kerana cinta ditolak mangsa - Polis | Jerebu: Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Bukit Jalil esok ditangguhkan - KBS | Kes bunuh pelajar di Yong Peng: Remaja lelaki 16 tahun disambung reman enam hari bermula esok | 

Terdapat 562 berita berdasarkan kata kunci carian " perdagangan"

Kerajaan Kekal Tahap Pekerja Asing 13 Peratus, Sasar 10 Peratus Menjelang 2030 — MITI

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengekalkan had ke atas pekerja asing pada 13 peratus daripada jumlah tenaga kerja Malaysia, selepas mengurangkan pergantungan negara kepada buruh asing daripada 15 peratus dan berhasrat menurunkannya lagi kepada 10 peratus menjelang 2030.

Keuntungan Bersih Kossan Rubber Pada Suku Kedua Meningkat Kepada RM64.47 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Kossan Rubber Industries Bhd (Kossan) bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) meningkat lebih dua kali ganda kepada RM64.47 juta berbanding RM31.15 juta pada suku kedua 2025, disokong oleh prestasi lebih baik di semua bahagiannya. 

Pelabur REE Perlu Kongsi Teknologi, Terlibat Sepenuhnya Dalam Rantaian Bekalan - Johari

IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Pelabur yang berhasrat meneroka potensi unsur nadir bumi (REE) di negara ini perlu berkongsi teknologi mereka, selain bersedia terlibat secara langsung dalam keseluruhan rantaian bekalan merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.

Malaysia Negara Pertama RCEP Tubuh Rangkaian Majlis Penasihat Perniagaan

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia muncul sebagai negara pertama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menubuhkan Rangkaian Majlis Penasihat Perniagaan RCEP (RBAC) di peringkat kebangsaan.

Malaysia Turut Terkesan Krisis Selat Hormuz, Namun Impak Lebih Terkawal - Johari

IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka turut menerima tempias krisis yang menjejaskan laluan strategik Selat Hormuz, namun impaknya tidak seteruk negara yang bergantung sepenuhnya kepada import minyak dan gas.

Perdagangan Malaysia Meningkat 37.3 Peratus Kepada RM364.7 Bilion Pada Julai – DOSM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) --  Prestasi perdagangan Malaysia terus mengukuh pada Julai 2026, meningkat 37.3 peratus kepada RM364.7 bilion daripada RM265.7 bilion setahun sebelumnya, disokong pertumbuhan berterusan dalam eksport dan import.

Saham Petronas Chemicals Susut 2.66 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) --  Saham-saham Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut sebanyak 2.66 peratus dalam dagangan awal Khamis walaupun telah mengumumkan keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun, 2026, semalam.

JETRO Akan Pertingkat Akses Syarikat Jepun Kepada Pasaran Halal Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur akan melaksanakan Program Malaysia Halal Market Buyer Discovery Halal Market dan Pemadanan Perniagaan Pasaran untuk meningkatkan keterlihatan syarikat Jepun serta mewujudkan peluang perniagaan dalam pasaran halal Malaysia.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Kenaikan Minyak Kacang Soya Di CBOT

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT). 

Affin, BCA Jalin Kerjasama Strategik Tingkatkan Manfaat Pelanggan Rentas Sempadan

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 19 Ogos (Bernama) -- Affin Bank Malaysia dan Bank Central Asia (BCA) Indonesia memeterai kerjasama strategik untuk menyediakan keistimewaan timbal balik kepada pelanggan mereka yang mengembara antara kedua-dua negara, meliputi penjagaan kesihatan, hospitaliti, tempat makan, beli-belah dan gaya hidup.

Misi Perniagaan Malaysia-Kemboja Sasar Potensi Dagangan RM100 Juta

Oleh Vijian Paramasivam

PHNOM PENH, 19 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan RM100 juta dalam potensi perdagangan melalui Misi Pecutan Eksportnya ke Kemboja.

Harga MSM Kekal Melebihi RM4,600 Pada September Susulan Gangguan Geopolitik -- MPOC

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah dijangka kekal kukuh melebihi RM4,600 satu tan pada September, disokong oleh asas bekalan yang semakin ketat dan gangguan geopolitik yang berterusan terhadap aliran perdagangan global, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).