Terdapat 1100 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur"

Sasaran Peratus Sumbangan Syarikat Bumiputera Kepada KDNK Akan Diperinci Semula - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Sasaran untuk melonjakkan sumbangan nilai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera daripada 15 peratus kepada sehingga dua kali ganda menjelang 2035 akan diperincikan semula pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

SDEC Selangor Dijenamakan Semula Sebagai AiSEM@Selangor, Tingkat Tumpuan Pada AI, Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 7 Sept  (Bernama) -- Konvensyen teknologi Selangor, yang dahulunya dikenali sebagai Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC), dijenamakan semula sebagai AiSEM@Selangor, Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor.

Minat Belian Saham Wajaran Tinggi Dorong Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari berikutan aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih, yang diterajui oleh saham telekomunikasi, produk pengguna dan utiliti.

Aliran Masuk Asing Ke Bon Kerajaan Malaysia Bulan Ogos Berjumlah RM11.1 Bilion

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Aliran masuk asing ke dalam bon kerajaan Malaysia berjumlah RM11.1 bilion pada Ogos, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Institusi Tempatan Teruskan Belian Selama Enam Minggu Dengan Aliran Masuk RM120.3 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM120.3 juta pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan data jumlah pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) AS yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Penggunaan Nuklear Dalam Campuran Tenaga, Malaysia Sediakan Asas

Oleh Arul Rajoo Durar Raj dan Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang giat menyediakan asas untuk kemungkinan penggunaan nuklear dalam campuran tenaga negara, walaupun ia mungkin tidak akan terlaksana dalam masa terdekat.

Tenaga Pintar Dan Bakat Penting Untuk Kekalkan pertumbuhan Semikonduktor Di Pulau Pinang - ABB

Oleh Farhana Poniman

GEORGE TOWN, 6 Sept (Bernama) -- Infrastruktur kuasa boleh dipercayai dan mampan, pengurusan tenaga pintar dan kumpulan bakat yang mahir adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan sektor semikonduktor dan elektrik dan elektronik (E&E) di Pulau Pinang dalam persekitaran kecerdasan buatan (AI) global, kata ABB.

Asas Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Sokong Peluang Pelaburan Dalam Pasaran Modal

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Malaysia akan terus mempunyai ekonomi yang kukuh, dengan asas yang kukuh menyediakan asas untuk peluang pelaburan merentasi pasaran modalnya.

BYD Perkenal Pelan Pengembangan EV Malaysia Dalam Seminggu Lagi

SHENZHEN, 5 Sept (Bernama) -- Gergasi kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD Co Ltd dijangka mengumumkan pelan pengembangan selanjutnya di Malaysia dalam tempoh seminggu, di tengah-tengah persoalan sama ada pembuat kereta itu akan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan atau menubuhkan kemudahan pembuatannya sendiri.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Positif Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan, disokong oleh asas domestik berdaya tahan dan sentimen serantau yang semakin pulih.