Terdapat 363 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Aliran Masuk Semula Dana Asing

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Pengambilan Untung Dalam Saham Perbankan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada sektor tradisional seperti kaunter perbankan, pengguna dan perladangan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh anggaran awal yang lebih baik daripada jangkaan, menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang lebih cepat pada suku kedua 2026.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Dalam Julat 1,720 Hingga 1,750 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif yang sederhana dalam julat 1,720 hingga 1,750, kata penganalisis. 

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat yang lebih sederhana minggu depan berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan yang kukuh dicatatkan pada minggu ini.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Mendatar Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun pada minggu hadapan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aliran Masuk Dana Asing, KDNK Suku Kedua

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Didorong KDNK Suku Kedua Lebih Baik Daripada Jangkaan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, disokong oleh anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2026 yang berkembang sebanyak 5.8 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua dikeluarkan hari ini, kata penganalisis.

Ringgit Mengukuh Susulan Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah AS Semakin Reda

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh data inflasi AS yang lebih lemah daripada jangkaan dan unjuran bahawa kenaikan kadar faedah AS akan berlaku dalam tempoh terdekat semakin reda.