21jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga dengan Turkmenistan bagi membuka peluang komersial baharu untuk syarikat khususnya dalam perkhidmatan minyak dan gas bernilai tinggi, teknologi, serta kejuruteraan khusus, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Keputusan untuk menamatkan operasi loji janakuasa arang batu milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) bergantung kepada keupayaan Malaysia menangani trilema tenaga, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) hari ini.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) bersepadu Malaysia dijangka mengekalkan prospek positif pada suku keempat 2026, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan daya tahan operasi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
23jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal kukuh melebihi RM4,600 satu tan pada November, disokong oleh penurunan pengeluaran bermusim dan penggunaan biodiesel yang berterusan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)
1hari ago
KANGAR, 22 Okt (Bernama) -- Pembangunan NCER Agribio Economic Zone (NAEZ) di Chuping dekat Padang Besar merupakan pelaburan strategik jangka panjang bagi menyokong agenda keselamatan makanan negara serta membuka peluang pertumbuhan ekonomi baharu kepada Perlis dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukan selaku peneraju kewangan Islam global apabila kekal di tangga teratas dunia dalam pembangunan sektor itu, menurut laporan Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perusahaan, RedPlanet Bhd mencatatkan prestasi memberangsangkan pada hari pertama penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini selepas berpindah daripada Pasaran LEAP.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Hab perkhidmatan kewangan Touch 'n Go (TNG) eWallet, GOfinance menarik lebih lima juta pengguna yang mengakses sekurang-kurangnya satu produk pengurusan kekayaan setakat 30 Sept 2026, dengan nilai pelaburan keseluruhan yang diproses mencecah RM3.57 bilion.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia mendatar dalam dagangan awal pada Khamis apabila pelabur kekal tidak memasuki pasaran berikutan kekurangan pemangkin.
1hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia Rail Development Corporation (MRDC) sedang mempergiat usaha membangunkan keupayaan syarikat tempatan dalam industri rel bagi membolehkan mereka beralih daripada pembekal dan subkontraktor kepada pengeluar komponen serta penyedia perkhidmatan bernilai tinggi.
1hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pelabuhan Klang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, penambahbaikan ketersambungan dan kecekapan kos bagi meningkatkan daya saingnya sebagai antara hab perdagangan dan logistik utama di rantau ini.