BERITA TERKINI   MINDEF perketat, tingkat prosedur keselamatan di pangkalan tentera bendung kegiatan penyeludupan - Mohamed Khaled | MINDEF cadang tubuh jawatankuasa teliti kes dadah selepas siasatan polis selesai - Mohamed Khaled  | Penemuan dadah jejas kesiapsiagaan MINDEF pertahan kedaulatan, keselamatan negara - Mohamed Khaled | 

Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian "rmk13"

NCER Rekod Realisasi Pelaburan RM116.4 Juta Setakat 30 Sept

KANGAR, 3 Nov (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merekodkan realisasi pelaburan berjumlah RM116.4 juta setakat 30 Sept lepas sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi pembangunan ekonomi negeri Perlis. 

Pelaburan Baharu Dalam Sektor Pembuatan Perlu Kurangkan Kebergantungan Pada Pekerja Asing - Johari

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan pelaburan baharu dalam sektor pembuatan tidak bergantung pada pekerja asing atau buruh kasar selaras dengan usaha mentransformasikan industri ke arah aktiviti bernilai tambah tinggi, automasi dan pendigitalan.

Sokongan Pembiayaan Lebih Kukuh Penting Untuk Kembangkan Sektor Bunkering Malaysia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Industri maritim Malaysia memerlukan sokongan pembiayaan lebih kukuh daripada bank tempatan bagi merealisasikan potensi pelaburan dan membolehkan pemain industri domestik mengembangkan operasi, khususnya dalam sektor pembekalan bahan api kapal (bunkering), kata Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd Datuk Seri R. Jeyenderan.

Pelaburan Lebih RM200 Bilion Separuh Pertama 2026 Bakal Wujudkan 99,030 Peluang Pekerjaan -- MITI

PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Direalisasikan RM36.62 Bilion Setakat September

GEORGE TOWN, 23 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan direalisasikan bernilai RM36.62 bilion setakat 30 Sept, mengatasi sasaran RM22 bilion bagi 2026, menurut Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Penggiat Industri Diseru Kemuka Cadangan Mengenai Peralihan Tenaga Malaysia - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi menyeru penggiat industri untuk mengemukakan cadangan dasar mengenai penyimpanan tenaga, ekonomi hidrogen dan pelaksanaan grid pintar bagi memajukan peralihan tenaga Malaysia, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.