1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) --Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd meningkat kepada RM105.05 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, berbanding RM83.77 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM95.61 juta pada suku kedua berakhir pada 30 September 2026, berbanding RM112.26 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang menyiasat aduan yang mendakwa berlakunya pencampuran minyak masak diimport dengan bekalan tempatan, serta pelabelan semula produk untuk dieksport sebagai produk Malaysia.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia menyusut tujuh peratus kepada 70,519 unit pada Oktober 2026 berbanding 75,991 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
1hari ago
Daripada Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) - Presiden China Xi Jinping hari ini menggesa ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk memperkukuh solidariti, keterbukaan ekonomi, inovasi, dan pembangunan inklusif bagi merealisasikan visi membina komuniti yang lebih kuat dan mampan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Modal harus menjana manfaat ekonomi yang lebih luas dengan pelaburan dalam tenaga boleh baharu (TBB), inovasi dan kelestarian menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat serta generasi akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1hari ago
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Malaysia memperkukuh komitmennya terhadap perdagangan terbuka, multilateralisme dan integrasi ekonomi serantau yang lebih baik dalam keadaan ketegangan geopolitik yang meningkat dan perpecahan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
ISKANDAR PUTERI, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor hari ini membentangkan Belanjawan 2027 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.07 bilion dan unjuran lebihan sebanyak RM2.33 juta.
2hari ago
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 hari ini, yang menjadi platform kepada para pemimpin membincangkan keutamaan ekonomi serantau serta memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran global.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Penilaian kesiapsiagaan pembangunan tenaga nuklear negara berasaskan kriteria Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dijangka dimuktamadkan pada suku kedua 2027 bagi menentukan hala tuju dan keputusan berhubung pembinaan loji nuklear.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Margin rizab elektrik bagi tempoh 2027 hingga 2035 diunjurkan pada paras 24 hingga 27 peratus, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Inisiatif Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang dikenali sebagai MediAsas direka bentuk untuk menjadi pelengkap kepada sistem penjagaan kesihatan sedia ada di Malaysia, dan bukannya mengambil alih peranan hospital kerajaan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).