Terdapat 46 berita berdasarkan kata kunci carian "islam"

DEFA Berpotensi Jadikan Malaysia Sebagai Hab Ekonomi Digital Serantau - Ahli Ekonomi

Oleh Linda Khoo

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) ASEAN berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital serantau dan memberi akses yang lebih mudah kepada syarikat tempatan untuk menembusi pasaran ASEAN yang mempunyai lebih 680 juta pengguna, kata ahli ekonomi.

BSN Lantik Mujibburrahman Abd Rashid Sebagai Ketua Eksekutif

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) melantik Mujibburrahman Abd Rashid sebagai Ketua Eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini, selepas sebelum ini beliau memegang jawatan Pemangku Ketua Eksekutif bank itu.

Keuntungan Suku Ketiga Public Bank Susut 3.8 Peratus Kepada RM1.77 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, susut daripada RM1.84 bilion, manakala hasil meningkat kepada RM7.74 bilion berbanding RM7.41 bilion sebelumnya.

MIHAS 2026 Perkukuh Kedudukan Malaysia Sebagai Hab Perdagangan Halal Global

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab perdagangan halal global dengan menghimpunkan perniagaan dan pemegang taruh industri bagi menjalin hubungan bermakna serta menyokong pertumbuhan berterusan industri itu.

Malaysia Ketengah Peluang Kerjasama Dalam Lima Sektor Strategik Di Istanbul - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia mengetengahkan peluang kerjasama dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital, tenaga bersih dan industri halal pada Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan B57+ Tahun 2026 di Istanbul, Türkiye.

IILM Muktamadkan Rekod Pengeluaran Baharu Dengan Sukuk Jangka Pendek US$1.572 Bilion

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan kemuktamadan rekod sukuk jangka pendek US$1.572 bilion, meningkatkan portfolio terkumpulnya kepada paras tertinggi sepanjang masa sebanyak US$7.59 bilion.

HDC Pacu Kerjasama Perdagangan Halal Malaysia-Palestin

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan bekerjasama dengan persatuan perniagaan tempatan dan badan piawaian Palestin bagi memperkukuh hubungan institusi serta memudah cara jalinan perniagaan antara Malaysia dengan Palestin.

BNM Terbit Kertas Strategi Untuk Majukan Penggunaan Kontrak Syariah

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Kertas Strategi bagi memajukan penggunaan kontrak syariah untuk ekonomi yang lebih produktif dan inklusif, sejajar dengan objektif syariah. 

TERAJU Lulus Pembiayaan RM101.43 Juta Kepada 186 Usahawan Bumiputera Johor

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan pembiayaan berjumlah RM101.43 juta kepada 186 perusahaan bumiputera di Johor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Junady Nawawi.

Unit TNB Kemuka Kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN RM2 Bilion Kepada SC

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- TI TNB Genco Solar Kenyir 1 Sdn Bhd (TI TNB GENCO) mengemukakan kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN bernilai sehingga RM2 bilion dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 30 Okt, 2026.

WM Senibong Peroleh Penarafan AA-IS Daripada MARC Ratings

JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion. 

MAG Laksanakan Projek Strategik Bagi Pacu Pengembangan Komersial

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang giat melaksanakan beberapa projek strategik utama bagi meningkatkan kapasiti serta mempercepat pengembangan komersial kumpulan itu.