BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 483 berita berdasarkan kata kunci carian " str"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR,  21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia sedikit tinggi pada tengah hari ini dalam persekitaran dagangan yang berhati-hati.

CIMB Pertimbang Nyah Senarai CIMB Niaga Di Indonesia

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd mempergiat usaha untuk menyahsenaraikan anak syarikatnya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk, dan merancang mengadakan perbincangan dengan pihak pengawal selia berhubung langkah itu, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).

Sektor Penternakan Ayam Malaysia Kekal Berdaya Tahan Disokong Permintaan Stabil - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Industri penternakan ayam Malaysia dijangka kekal berdaya tahan dalam jangka sederhana, disokong oleh permintaan yang stabil terhadap sumber protein pada harga berpatutan dan asas pengeluaran domestik yang kukuh, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Seramai 22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih Setakat Suku Ketiga 2026 - MITI

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Seramai 22,849 bakat dilatih bagi sektor semikonduktor setakat suku ketiga 2026, sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sasaran 60,000 jurutera berkemahiran tinggi menjelang 2030 di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Prestasi Positif Wall Street Semalam

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.

Pemilikan Unit Hotel Kini Mula Jadi Pilihan Pelaburan Hartanah Alternatif

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerancakan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur pada hari ini jelas kelihatan dengan pembukaan pelbagai kemudahan mewah baharu, kadar penghunian semakin meningkat, serta aliran modal yang berterusan ke dalam aset sektor hospitaliti, bidang yang sedikit masa dahulu mungkin dianggap sebagai satu segmen khusus dalam pasaran hartanah.

Syarat Minimum 30 Peratus Ekuiti Bumiputera Diteruskan – Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Syarat ekuiti Bumiputera pada tahap minimum 30 peratus diteruskan selaras dengan Garis Panduan Perolehan Hartanah (GPPH) yang berkuat kuasa mulai 13 Julai, 2022, dan ia tertakluk kepada kelulusan Kementerian Ekonomi. 

NGC Energy Sasar Pasaran Baharu Susulan Perubahan Dalam Pemilikan

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- NGC Energy Sdn Bhd berhasrat mengembangkan perniagaannya ke pasaran baharu dan memperkukuh kedudukannya dalam sektor gas petroleum cecair (LPG) Malaysia susulan perubahan pemilikan dalam Perangsang Oil & Gas Sdn Bhd (POGSB), salah satu pemegang sahamnya.

Gamuda, Kerajaan Negeri Perak Meterai Perjanjian Laksana Skim Bekalan Air Perak Utara

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd hari ini mengumumkan perjanjian untuk melaksanakan Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri Perak, Khazanah Air Perak Sdn Bhd (KAP) dan Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn Bhd (PAIPP).

Malaysia Perlu Kapasiti Tambahan TBB Sehingga 2,000 MW Capai Sasaran 2030 - SEDA

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia memerlukan tambahan kapasiti terpasang tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 1,500 hingga 2,000 megawatt (MW) bagi mencapai sasaran kapasiti terpasang TBB sebanyak 35 peratus menjelang 2030, menurut Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).

Manfaatkan PAKW Sebagai Rujukan Penting Nilai Kecukupan Pendapatan Isi Rumah -- Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) perlu dimanfaatkan sebagai rujukan penting dalam menilai kecukupan pendapatan isi rumah selain merangka intervensi ekonomi lebih bersasar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

SME Bank Salur RM2.8 Bilion Bagi Pembangunan Perusahaan Melalui Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) menyambut baik mandat bernilai kira-kira RM2.8 bilion yang diterima melalui Belanjawan 2027 bagi memperkasa perusahaan Malaysia merentasi tujuh sektor keutamaan.