Terdapat 17 berita berdasarkan kata kunci carian " perbankan "

Uzbekistan Kukuh Kawal Selia Kewangan Islam Dengan Bantuan Universiti INCEIF

Oleh Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang mengukuhkan rangka kerja kawal selia kewangan Islamnya dengan bantuan pakar dari Universiti INCEIF Malaysia dalam bidang seperti sekuriti sukuk, pelesenan kewangan Islam, tadbir urus Syariah dan ekosistem kawal selia yang komprehensif sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga pembangunan industrinya.

Bank Perlu Bangunkan Keupayaan Khusus Pembiayaan PKS – EBRD

Oleh Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Membangunkan pasaran modal yang lebih mendalam dan meluaskan akses pembiayaan untuk segmen yang kurang mendapat perkhidmatan, kekal antara cabaran utama yang dihadapi oleh ekonomi sedang membangun di Asia Tenggara, menurut Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan bagi hari kedua berturut-turut hari ini, ditutup lebih daripada satu peratus lebih tinggi disebabkan sentimen pelabur kekal aktif dalam persekitaran keadaan pasaran serantau yang semakin baik dan minat belian dalam kaunter wajaran tinggi.

Yuran Pengeluaran Tunai ATM Antara Bank Dikecualikan Bermula 1 Julai 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bank tanpa membayar yuran RM1 bermula 1 Julai 2026. 

Pentech Sasar Sumbangan Hasil Berulang 40 Peratus Dalam Tempoh Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berpangkalan di Pulau Pinang, Pentech Holdings Bhd menyasarkan hasil berulang menyumbang 40 peratus daripada jumlah pendapatannya manakala 60 peratus lagi daripada segmen tidak berulang dalam tempoh tiga tahun akan datang.