BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian " keselamatan tenaga"

Petronas Carigali, Rakan Kongsi Meterai PSC Baharu Blok A-18-01 MTJDA

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petronas Carigali Sdn Bhd (Petronas Carigali) iaitu PC JDA Ltd (PC JDA) bersama-sama PTTEP JDX Thailand Ltd Co dan PTTEP JDX Thailand (JDA) Ltd (secara kolektif dikenali sebagai PTTEP JDX) telah menerima kelulusan daripada kerajaan Malaysia dan Thailand bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) baharu untuk Blok A-18-01 di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA).

PSC Tanjung Enim Globaltec Formation Diluluskan Sebagai Projek Strategik Nasional Indonesia

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Globaltec Formation Bhd (GFB) melalui anak syarikat tenaga bersih milik 70 peratusnya, NuEnergy Gas Ltd, mengumumkan kerajaan Indonesia telah meluluskan pembangunan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Tanjung Enim milik NuEnergy sebagai projek strategik nasional Indonesia.

Penggunaan Nuklear Dalam Campuran Tenaga, Malaysia Sediakan Asas

Oleh Arul Rajoo Durar Raj dan Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang giat menyediakan asas untuk kemungkinan penggunaan nuklear dalam campuran tenaga negara, walaupun ia mungkin tidak akan terlaksana dalam masa terdekat.

Syarikat China Mingyang Sasar Perluas Peranan Dalam Peralihan Tenaga Malaysia

Daripada Samantha Tan Chiew Tieng

GUANGZHOU, 4 Sept (Bernama) -- Gergasi tenaga bersih China, Mingyang Smart Energy Group Co Ltd, menyasar untuk memperluas penglibatannya di Malaysia dalam tenaga angin luar pesisir, solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dan hidrogen, sejajar dengan aspirasi negara di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Keselamatan Tenaga, Pelaburan Minyak Dan Gas Tidak Bercanggah Dengan Peralihan Tenaga - Shell Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Pelaburan berterusan dalam sektor minyak dan gas tidak bermakna usaha peralihan tenaga berundur, sebaliknya keselamatan tenaga kembali menjadi pertimbangan penting dalam industri, menurut Shell Malaysia.

Malaysia Perlu Peralihan Tenaga Terancang, Ambil Kira Realiti Semasa Dan Aspirasi Jangka Panjang - Menteri

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan peralihan tenaga secara terancang bagi menyeimbangkan realiti semasa dengan aspirasi jangka panjang negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Capex Huluan Petronas Akan Pulih Pada Tahun Kewangan 2027 - HLIB

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Perbelanjaan modal (capex) huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan pulih pada tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2027, bersama peningkatan pelaburan keselamatan tenaga di seluruh rantau ini, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) hari ini.

Petronas Catat Prestasi Separuh Tahun Berdaya Tahan, Kekal Komited Menjamin Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan bersih RM27.2 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat RM1 bilion atau empat peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, mencerminkan pelaksanaan berdisiplin, kebolehpercayaan operasi dan kecemerlangan komersial dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.