BERITA TERKINI   Kuasa pertengahan, ASEAN boleh bantu rangka keputusan global - Mohamad Hasan | PBB mesti beralih daripada sekadar bereaksi kepada pencegahan, terutamanya di Gaza - Mohamad Hasan | Selatan Global perlu peranan lebih besar dalam tadbir urus AI - Mohamad Hasan | Kuasa veto Majlis Keselamatan PBB mesti dicabar, dimansuhkan - Mohamad Hasan | Negara akan tempang jika dipacu oleh kemarahan, sebaliknya mesti dipandu oleh ilmu - PM Anwar | 

Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " inflasi as"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Serantau, Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau dan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan keputusan terkini Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) yang mengekalkan kadar faedah semasa.

Ringgit Mengukuh Susulan Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah AS Semakin Reda

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh data inflasi AS yang lebih lemah daripada jangkaan dan unjuran bahawa kenaikan kadar faedah AS akan berlaku dalam tempoh terdekat semakin reda.

Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan mengenai prestasi ekonomi China yang lemah dan ketegangan geopolitik baharu mengimbangi impak data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Lonjakan Bekalan Thailand

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada hari Rabu, walaupun pasaran hadapan getah serantau mencatatkan keuntungan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan jangkaan pelabur terhadap anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 yang positif, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Persekitaran Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS bagi Jun, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat.

BNM Dijangka Kekal OPR Pada 2.75 Peratus Susulan Inflasi Terkawal, Pertumbuhan Kukuh - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026 berikutan inflasi terkawal dan pertumbuhan ekonomi domestik yang berdaya tahan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus - Ahli Ekonomi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), disokong prestasi sektor luaran yang berdaya tahan, permintaan domestik yang sederhana dan risiko inflasi boleh diurus, kata ahli ekonomi.

Ringgit Teruskan Prestasi Cemerlang, Ditutup Tinggi Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan trend meningkat untuk hari ketiga berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama dan mata wang negara ASEAN pada Khamis, ketika pelabur menunggu data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan malam ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan dalam saham produk perindustrian dan perkhidmatan mengatasi keuntungan dalam sektor telekomunikasi, kata seorang penganalisis.