Terdapat 16 berita berdasarkan kata kunci carian " gear-up"

GLIC Salur RM7.15 Bilion Pacu Ekonomi Berteraskan 'Ciptaan Malaysia'

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menyalurkan modal jangka panjang berjumlah RM7.158 bilion bagi memperkukuh industri berteraskan ciptaan Malaysia, sekali gus membolehkan syarikat tempatan beralih kepada segmen bernilai tinggi dalam rantaian nilai global dan tidak lagi tertumpu kepada aktiviti pemasangan semata-mata. 

GLIC Salur RM20.3 Bilion Di Bawah Inisiatif GEAR-uP Pada 2025, Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) --  Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memperuntuk dan menyalurkan sebanyak RM20.3 bilion di dalam negara pada 2025 menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP), yang melangkah ke tahun ketiganya.

Kerajaan Selaras Hala Tuju Pelaburan GLIC, Dana Awam Menerusi GEAR-uP, MKD

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyelaras hala tuju pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan dana awam menerusi dasar pembangunan negara yang jelas, mekanisme GEAR-uP serta peranan strategik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.