1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada separuh kedua 2026, disokong langkah intervensi kerajaan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong keuntungan korporat yang berdaya tahan, aliran masuk dana asing semakin baik, dan keredaan kebimbangan mengenai perdagangan global.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat dalam julat antara 1,710 hingga 1,740 minggu depan, menurut seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) hanya diumumkan berdasarkan keputusan kewangan yang telah diaudit, sekali gus memperkukuh integriti proses pelaporan kewangan dan meningkatkan keyakinan pendeposit terhadap institusi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM93.58 juta pada suku ketiga berakhir 30 Jun 2026 (S3 TK2026) berbanding RM84.82 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disebabkan oleh perbelanjaan cukai yang lebih rendah pada suku tersebut.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat apabila pelabur terus mengumpul pegangan saham mewah sejajar dengan prestasi lebih kukuh di kebanyakan pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini seiring dengan prestasi pasaran yang lebih lemah di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh data ekonomi global yang positif, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor itu berkembang 5.7 peratus kepada hampir RM690 bilion pada 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Jumaat, disokong aktiviti belian susulan prestasi kukuh kebanyakan pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Jumaat berikutan kenaikan di Wall Street, didorong oleh pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan lonjakan dalam saham cip, diimbangi oleh kebimbangan geopolitik yang berpanjangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan menjejaskan mata wang negara itu, kata seorang penganalisis.