Terdapat 692 berita berdasarkan kata kunci carian " data"

Ruang Udara Ditutup sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Penerbangan Malaysia Airlines Dijadual Semula

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd akan menjadualkan semula penerbangan terpilih yang tiba dan berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan penutupan sementara ruang udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

DPMM Kedah, Trang Laksana Program B2B Perkukuh Ekonomi Rentas Sempadan

ALOR SETAR, 24 Ogos (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah serta Dewan Perniagaan dan Industri Trang, Thailand melaksanakan program padanan dan rangkaian perniagaan (B2B) bagi memperkukuh ekonomi rentas sempadan khususnya dalam sektor pelancongan dan industri halal.

Untung Bersih E&O Meningkat Kepada RM58.11 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Eastern & Oriental Bhd (E&O) meningkat kepada RM58.11 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 daripada RM45.41 juta pada suku pertama tahun kewangan 2026.

Perolehan Berkaitan AI Malaysian Pacific Industries Diunjur Lebih RM500 Juta Setahun - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Perolehan Malaysian Pacific Industries Bhd (MPI) diunjurkan melebihi RM500 juta setahun menjelang tahun kewangan 2027 dipacu oleh produk berkaitan kecerdasan buatan (AI), menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

PNB Merdeka Ventures Lancar Filem Merdeka Pertama Bertajuk Gapai

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) iaitu PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd (PNBMV) melancarkan GAPAI, filem kemerdekaan pertama terbitannya untuk menyemarakkan semangat merdeka dalam diri rakyat Malaysia.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang kukuh, kata penganalisis.

NexG Sambut Baik Keputusan Kerajaan Tidak Ambil Alih Datasonic Technologies 

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- NexG Bhd dan anak syarikatnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas keputusan tidak mengambil alih DTSB.

Pelaporan ESG Buka Peluang Baharu Bagi Pasaran IPO Malaysia

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kini memasuki fasa baharu bagi memperkukuh pendedahan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Kualiti Aset, Sumber Keuntungan Perlu Jadi Ukuran Kekuatan Kewangan TH - Pakar

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Kualiti aset dan sumber keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menjadi antara ukuran utama dalam menilai kekuatan kewangan institusi itu, selain kadar agihan keuntungan kepada pendeposit, kata pakar ekonomi.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Melepasi Paras US$4,600 Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$4,600 setiap auns troy minggu depan. 

Maybank Dan SMF Bekerjasama Pacu Pertumbuhan Pembuatan Merentasi JS-SEZ, ASEAN

JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) -- Maybank dan Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meluaskan akses ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan menyokong pembangunannya sebagai cadangan yang saling menguntungkan bagi kedua-dua negara serta rantau ASEAN yang lebih luas.

HAVI Buka TechHUB Malaysia Pada November, Pertama Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — HAVI, peneraju rantaian bekalan global, akan membuka TechHUB di Malaysia pada November tahun ini, yang merupakan salah satu daripada empat hab seumpamanya di seluruh dunia dan pertama di Asia Pasifik.