BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 223 berita berdasarkan kata kunci carian " belanjawan 2027"

Ekonomi Malaysia Dijangka Tumbuh Lima Peratus Pada 2026 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada pada kira-kira lima peratus pada 2026 berdasarkan momentum pertumbuhan ekonomi semasa yang kukuh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MIGJA Harap Belanjawan 2027 Kekalkan Pengecualian Cukai Barang Kemas Emas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas India Malaysia (MIGJA) berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan, terus mengekalkan pengecualian cukai ke atas barang kemas emas bagi mempertahankan daya saing industri.

Belanjawan 2027 Perlu Perkukuh Jaringan Pelabuhan, Pengangkutan -- Pengendali

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kalangan pengendali pelabuhan berharap kesalinghubungan antara pelabuhan dan infrastruktur utama pengangkutan akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi penambahbaikan rantaian bekalan.

Belanjawan 2027 Diharap Akan Terus Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Tingkat Pendapatan Pekebun Kecil - Noraini

SERDANG, 1 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berharap Belanjawan 2027 terus memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor agrikomoditi khususnya dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan daya saing industri.

Tambahan RM1 Bilion Dana Mikrokredit Perlukan Proses Kelulusan Lebih Pantas - FMM

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) - Tambahan RM1 bilion dalam kemudahan dana mikrokredit daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion bagi 2026 perlu disertakan dengan prosedur permohonan yang lebih mudah, terma pembiayaan berpatutan dan kelulusan serta pembayaran lebih pantas.

PM Anwar Umum Enam Ikhtiar Segera Tangani Kos Sara Hidup Rakyat

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan enam ikhtiar segera untuk rakyat merangkumi subsidi bahan api, penyelenggaraan sekolah, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan kesihatan, e-Invois dan pembiayaan mikro yang akan berkuat kuasa 1 Sept ini.

Kerajaan Teliti Cadangan Rancakkan Perniagaan PMKS Dalam Belanjawan 2027 – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan dan inisiatif yang boleh membantu merancakkan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam Belanjawan 2027.