2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor penjagaan kesihatan dan hartanah walaupun prestasi semalaman di Wall Street lemah.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin apabila saham perladangan dan berkaitan dengan komoditi mencatatkan peningkatan, seterusnya mengimbangi sentimen berhati-hati di pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan untuk meletakkan Malaysia sebagai rujukan global bagi aspek pertanian perladangan mampan yang dipacu oleh sains, dikuasakan inovasi, berteraskan kemampanan serta diyakini dunia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin namun kemudiannya menyusut berikutan pelabur mengambil keuntungan susulan kenaikan indeks petunjuk pasaran kepada paras tertinggi dalam tempoh dua minggu, melepasi paras 1,690 minggu lepas.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kitaran pertumbuhan baharu Asia Tenggara tidak lagi dipacu oleh satu ekonomi, kitaran komoditi atau koridor pembuatan, sebaliknya oleh ‘Fabulous Five’ atau kelompok lima ekonomi hebat iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina serta Vietnam.
2bulan ago
SIBU, 11 Julai (Bernama) -- Sarawak akan mewujudkan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menyelaras pembangunan ekonomi Sibu secara lebih menyeluruh dan bersepadu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh pemulihan saham-saham perkhidmatan kewangan yang melonjakkan sentimen pasaran secara menyeluruh dan seiring prestasi positif pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Air Asia Group Bhd dan Tourism Authority of Thailand (TAT) memperkukuh hubungan strategik jangka panjang menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bagi mempromosikan Thailand sebagai destinasi pelancongan pilihan utama di rantau ini.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street yang diterajui oleh saham teknologi walaupun terdapat ketidaktentuan di Asia Barat.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila ketegangan geopolitik baharu di Asia Barat menjejaskan sentimen pelabur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- AEON Bank (M) Bhd, iaitu bank digital Islamik pertama di Malaysia telah memperkenalkan dua fasiliti pembiayaan terbaharu iaitu Term Financing-i dan Working Capital Financing-i, yang diterajui oleh segmen Perbankan Perniagaan, AEON Bank Biz.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat telah menjejaskan sentimen pelabur.