1bulan ago
PUTRAJAYA, 6 Sept(Bernama) -- Bekalan bahan api Malaysia masih kukuh walaupun paras bekalan global berada dalam paras rendah, kerajaan yakin negara ini akan memperoleh bekalan yang mencukupi sehingga akhir tahun, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Ringgit dan mata wang serantau lain dijangka akan mengalami tekanan minggu depan, dengan mata wang tempatan itu dilihat diniagakan antara RM4.04 dan RM4.06 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu hadapan di tengah-tengah paras stok yang tinggi di Malaysia dan Indonesia, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan beberapa pengambilan untung awal minggu hadapan menjelang pengeluaran data inflasi utama Amerika Syarikat (AS), kata pakar strategi global Quintex Intel, Stephen Innes.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan, disokong oleh asas domestik berdaya tahan dan sentimen serantau yang semakin pulih.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki harga minyak kacang soya yang lebih kukuh.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari terakhir dagangan minggu ini, terjejas oleh penurunan di kaunter perladangan apabila para pelabur mengambil keuntungan susulan prestasi kukuh sektor tersebut baru-baru ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Aspek keselamatan kekal sebagai keutamaan yang tidak akan dikompromi bagi Malaysia Aviation Group (MAG) seiring langkah kumpulan itu untuk terus memperkukuh proses dan piawaian keselamatannya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A Bakar.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari Jumaat ketika pelabur mengambil keuntungan masing-masing susulan kenaikan sebelum ini dengan tekanan jualan mengasak saham produk perindustrian, perladangan dan kewangan.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat ketika pelabur mengambil untung selepas kenaikan selama dua hari berturut-turut walaupun pasaran secara meluas kekal disokong sentimen positif serta kenaikan semalaman Wall Street.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh peningkatan sentimen selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan paras semasa Kadar Dasar Semalaman (OPR).