2bulan ago
HULU SELANGOR, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan kini dalam proses merombak skim Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) bagi industri automotif yang disasarkan untuk dilaksanakan pada tahun depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RNG Tech Bhd menyasarkan pemasangan lebih 800 kerusi urut layan diri di seluruh Malaysia dan empat negara ASEAN pada tahun ini sebagai antara strategi pengembangannya selepas disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Penjimatan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi dijangka menjadi pemacu pertumbuhan pendapatan CelcomDigi Bhd sebanyak 18.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 2027, apabila sinergi integrasi mula mendapat momentum selepas proses naik taraf platform teknologi maklumat (IT) disiapkan.
2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dalam persekitaran pelabur yang terus memberi tumpuan terhadap prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS.
2bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 6 Julai (Bernama) -- Instrumen Nilai Ekonomi Karbon (NEK) Indonesia dijangka menarik sehingga US$5.8 bilion (US$1=RM4.08) dalam pelaburan hijau dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dianggarkan 570 juta tan setara karbon dioksida (CO2).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) akan melancarkan program rintis MediAsas pada akhir bulan ini, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam penyediakan asas bagi pelaksanaan peringkat nasional pada Januari 2027.
2bulan ago
ALOR GAJAH, 6 Julai (Bernama) -- Projek Melaka Inland Port (MIP) bernilai RM300 juta dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pengukuhan sektor logistik dan perdagangan, selain menyokong aspirasi kerajaan negeri mencapai sasaran nilai pelaburan RM10 bilion menjelang 2030.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.
2bulan ago
Oleh Norhayati Mohd Akhir
PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Agrobank kekal optimis terhadap daya tahan sektor agromakanan negara meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan gangguan rantaian bekalan global.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan SParK 2026: Transformasi Niaga, platform utama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dengan agensi itu menyasarkan kelulusan pembiayaan sehingga RM2.25 bilion bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk memperkukuh pembangunan usahawan bumiputera.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka meneruskan peningkatan dan menguji paras psikologi 1,700 mata minggu depan, disokong oleh kenaikan semula lebih tinggi pada Jumaat serta pembelian berterusan oleh pelabur institusi tempatan.