1bulan ago
JOHOR BAHRU, 16 Julai (Bernama) – Rangkaian pasar raya borong dan runcit halal ST Rosyam Mart akan membuka cawangan pertamanya di Johor menjelang 12 Sept, menandakan pengembangannya ke wilayah selatan dan mengukuhkan sektor peruncitan negeri itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Hutang statutori Kerajaan Persekutuan berada pada paras 61.9 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KNDK) sehingga akhir Mac 2026, iaitu masih di bawah had 65 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- SD Guthrie Bhd memeterai dua perjanjian jual dan beli (SPA) bersyarat untuk menjual tanah pegangan bebas di Kuala Selangor pada harga RM798.31 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Widad Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Tengku Shaifuddin Tengku Jamaluddin sebagai pengerusi baharunya dan Nor Azlan Zainal sebagai pengarah urusan kumpulan berkuat kuasa hari ini.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Siti Asiah Ahmad dilantik sebagai Ketua Perangkawan berkuat kuasa hari ini.
1bulan ago
Oleh Shakir Husain
HYDERABAD, 15 Julai (Bernama) -- Konglomerat Malaysia, DRB-Hicom Bhd, sedang mengkaji kemungkinan menubuhkan kilang pemasangan kenderaan di Algeria bagi meneroka peluang pengembangan ke dalam pasaran automotif di Afrika Utara, menurut Duta Besar Malaysia ke Algeria Datuk Rizany Irwan Muhamad Mazlan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Negara yang bersempadan dengan Selat Melaka perlu memulakan kerjasama pertahanan multinasional dengan menjalankan ujian tekanan dan simulasi di selat tersebut untuk lebih bersedia menghadapi potensi krisis geopolitik, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan untuk memudah cara lebih 120 sesi pemadanan perniagaan bagi syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dalam Pavilion Women in Export (WiEX) di WiEX@MIHAS.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Sin-Kung Logistics Bhd (SKL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (AAHK) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan kesalinghubungan udara dan kargo.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Glyken Bio Products Sdn Bhd (Glyken) dan Ortho Group, Jepun memeterai kerjasama penyelidikan bernilai lebih RM4 juta untuk meneroka penggunaan ekstrak sarang burung milik Glyken dalam pembangunan perubatan terapeutik dan penjagaan kesihatan.
1bulan ago
KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) bercadang melabur RM30 juta untuk membina kilang pembuatan roti Gardenia di Kota Samarahan, Sarawak, yang akan mewujudkan 500 peluang pekerjaan kepada graduan tempatan dan pekerja mahir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Singapura menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) termasuk usaha memuktamadkan pelan induk JS-SEZ dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.